16 January, 2012

PELANCARAN PONTENG SIFAR TAHUN 2012

Bandar Tenggara : 16 Januari 2012 (Isnin)


Pelancaran Ponteng Sifar Peringkat Sekolah

Gejala ponteng sekolah mendorong berlakunya salah laku yang melibatkan murid. Tindakan segera dan tegas yang dilakukan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin pada perhimpunan pagi ini diharap akan dapat menangani masalah ponteng sekolah dan secara tidak langsung meningkat pencapaian akademik pada tahun ini.

Pelancaran "Ponteng Sifar" telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara di hadapan 700 murid dan 82 guru sekolah ini. Penghargaan juga diberikan kepada murid yang berjaya hadir penuh sepanjang persekolahan tahun 2011.

Kehadiran 100%

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib mewakili semua pentadbir yang lain juga diberikan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap salah laku pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Dua orang guru lagi yang menerima kuasa ini ialah Shamsul Ihtihsham Musa dan Hjh Muzayanah Sumrah merupakan guru disiplin sekolah.


Shamsul Ihtihsham


Pn Hjh Muzayanah Sumrah


PROGRAM PONTENG SIFAR
MATLAMAT
Program operasi ponteng sekolah ini bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya menangani gejala ponteng sekolah secara efektif dan terancang.
OBJEKTIF
  • Menggalakkan murid datang ke sekolah.
  • Mengelakkan berlaku gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa.
  • Menyedarkan ibu bapa/ penjaga murid tentang gejala ponteng dalam kalangan anak mereka.
Antara Faktor Yang Dikenal Pasti Menyebabkan Murid-murid Ponteng Sekolah
INDIVIDU
  • Malas
  • Bekerja
  • Tiada minat belajar
  • Rasa rendah diri
PERSEKITARAN
  • Pengaruh rakan sebaya / rakan tua
  • Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin
  • Ikatan kejiranan yang longgar
  • Tarikan kafe siber / pusat beli-belah
KELUARGA
  • Keluarga kurang prihatin
  • Kurang pengawasan
  • Gaya hidup dalam keluarga
  • Kemiskinan
  • Pengangkutan
SEKOLAH
  • Kurang pengawasan pentadbir
  • Persekitaran dan iklim sekolah
  • Pengurusan disiplin kurang cekap
  • Kurang intervensi terhadap kes ponteng
SILA LAYARI LAMAN WEB PPD SEGAMAT:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ