18 January, 2012

MERENTAS DESA MSSM DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

Bandar Tenggara : 18 Januari 2012 (Rabu)


Mohd Azroy Azizan (L18 Tahun)

Seramai 276 peserta dari 16 buah sekolah menegah daerah Kulaijaya terlah turut serta dalam larian merentas desa yang diadakan di SMK Bandar Tenggara 2, pagi ini. Pasukan merentas desa sekolah yang dibimbing oleh Saipi Halidin dan Siti Hanizan Samsuri membawa kejayaan pertama 1 Murid 1 Sukan apabila  Mohd Azroy b. Azizan  berjaya mendapat empat ke-4 kategori Lelaki 18, manakala dua lagi peserta wanita mendapat tempat ke-8 dan 9 kategori Perempuan 15 dan 18 Tahun.

Keputusan penuh Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSM Daerah Kulaijaya:-
1. SM Foon Yew (182 markah)
2. SM Tunku Abdul Rahman Putera (330).
3. SMK Sri Pinang (446)
4. SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar (456).
5. SM Sultan Ibrahim (483)
6. SM Senai (511)

Kotinjen SMK Bandar Tenggara
Peserta Merentas Desa Sekolah ke MSSM Daerah Kulaijaya
Diketuai oleh Saipi Halidin, Setiausaha Sukan

Peserta-peserta merentas desa sekolah terdiri daripada Muhamad Saiful b. A.Rahman, Muhamad Haikal b. Rosnizam, Muhammad Hairul Aiman b. Amin, Muhamad Khairul Azwar b. Jaib, Abd Latif b. Jalil, Mohamad Hassan b. Kadir, Mohammad Fakhrur Amin b. Mohd Akib, Mohd Azroy b. Azizan, Nur Shafiqah bt Shahirah, Syazwani bt Bukari, Daranisha a/p Ravindran, Nur Elly Shuhadah bt M.Azli, Siti Nurfarahana bt Razali, Nur Syaidatul Syahirah bt Jamal, Erna Yanti bt Mahat dan Nurul Haziyatul Isma bt Halim Pasukan merentas desa sekolah dibantu oleh dua orang pegawai, Aidil Shamin Abd Razak dan Ahmad Nazri Selamat, penyelaras 1Murid 1Sukan.


Taklimat awal
Pengetua SMKBT2, Tuan Hj Shahrom Sukari

Kategori P15 Tahun
Kategori L15 Tahun
Perempuan 18 Tahun
Kategori L18 Tahun

Khidmat Bakti
Jawatankuasa Keselamatan yang diketuai oleh Sarjan Amran

Sarjan Amran (tengah)


Pasukan RELA dan POLIS Bandar Tenggara

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ