BANDAR TENGGARA : 13 JANUARI 2012 (JUMAAT)
Hari Diskusi ini telah dibuka kepada ibu bapa bermula pada jam 10.00 pagi hari Jumaat yang lalu. Semua murid Tingkatan Dua, Lima dan Enam Atas telah terlibat dan berada di Dewan Permata selepas majlis pembudayaan Al Qur'an. Tujuan utama Hari Diskusi ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan guru dari hal pencapaian akademik anaknya pada peperiksaan akhir tahun 2011. Kehadiran ibu bapa amat membanggakan.
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan maklumat penting pada hari diskusi tersebut. Peluang melanjutkan pelajaran selepas PMR, SPM dan STPM juga disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Tuan Haji Khairudin Abu Nawas. Beliau juga menggunakan ICT bagi menyampaikan maklumat kerjaya dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh univerisiti tempatan di seluruh Malaysia.
Tuan Haji Khairudin Abu Nawas dan Noridah Sidek

"Pengorbanan Ibu Tiada Tolok Bandingnya".
Pihak kami sempat bertemu dengan seorang ibu, membawa anak kecil meluangkan masa berkunjung ke sekolah untuk berinteraksi dengan guru semata-mata demi masa depan anaknya. Begitulah pengorbanan seorang ibu yang tidak ada tolok bandingnya. Bersama-sama beliau, GPK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib dan Guru Kaunseling, Noridah Sidek.
suasana di dalam Dewan Permata
Tingkatan PraUniversiti
Timbalan Yang Dipetua PIBG juga turut hadir.