23 Ogos 2014: Program Marhaban Merdeka Raya
|
Pengetua SMK Bandar Tenggara memotong kek. Foto : Rahman Salleh |
Program Marhaban Merdeka Raya 2014 yang dilaksanakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah pada hari ini adalah untuk memupuk dan menjalin ikatan siratulrahim di antara guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang sedia terjalin selama ini.
Program ini dijalankan serentak mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan Satu di Blok Aman dan Elok yang diketuai oleh Encik Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid, kumpulan 2 di Blok Harmoni dan Pendidikan Khas diketuai oleh Encik Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas, kumpulan 3 di Blok Damai dan Blok Cemerlang diketuai oleh Pn Zaharah Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara, kumpulan 4 di Blok Indah (prauniversiti) diketuai oleh Pn Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran manakala kumpulan 5 di kantin sekolah diketuai oleh Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum.
|
PK Hal Ehwal Murid, memotong kek sempena Foto Suriati Alias |
|
Marhaban dan bacaan doa
Tingkatan Lima di kantin sekolah |
|
Hakim Azman, membaca doa selamat, manakala
pengacara majli diketuai oleh Farid Redwan |
Penyelaras program, Encik Abd Rahman Salleh ditemui berkata di antara objektif utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada murid/ pelajar untuk membaca selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersama guru tingkatan, guru pembantu dan ahli-ahli kelas masing-masing disamping itu saling memohon ribuan kemaafan di antara satu sama lain.
Guru-guru Tingkatan Lima terdiri daripada Puan Rohidah Uriff , guru Tingkatan 5B dan pembantunya, Muzam Mohdi, manakala Tingkatan 5 Delima diketuai oleh Pn. Anili Hasziza Haron dan HjhNisah Sarbini, Tingkatan 5 Mutiara, Pn Azura Rahim dan Pn. Khairani Mohd Kator manakala 5 Zamrud diketuai oleh En. Taufieq Aluddin dan dibantu oleh Pn. Rohidah Othman.
Turut hadir dalam majlis marhaban itu ialah PK Kokurikulum, Encik Ahmad Survi, Ketua Bidang, Pn Hjh Sawilah M. Auf, Pn Hjh Hamimah Mohd Yunos, Pn Mahani Parmin dan Pn. Hashah Abd Kadir.
|
Guru-guru Tingkatan 5 dan pembantu |
|
Keriangan murid Tingkatan Lima si |
|
Tingkatan 5 Baiduri |
|
Tingkatan 5 Delima
|
|
Tingkatan 5 Mutiara |
No comments:
Post a Comment