20 August, 2014

KURSUS PROFESIONALISME HARI KEDUA 2014

20 Ogos 2014 :Bilik Seminar Al Baihaqi
Ucap Utama PPD Kulaijaya
Tuan Hj Ishak bin Mahbob
Kursus Peningkatan Profesionalisme untuk Guru Penolong Kanan  Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum, dan GPK Petang Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos 2014. Kursus tersebut di adakan di Hotel Pantai Puteri Melaka di mana seramai 59 peserta dari 17 buah sekolah menengah terlibat.

Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Tuan Hj Ishak bin Mahbob mengucap jutaan terima kasih dan tahniah kerana komitment mereka disamping menyampaikan mandat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dengan mencapai GPS yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Transformasi pendidikan yang menjadi fokus utama ialah untuk mengaplikasikan KPI (keys performance index) peringkat daerah Kulai yang bersifat dinamik. Antaranya, perubahan yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah ialah menyemak semula GPS dan merancang program-program yang berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian sekolah.

Akhirnya , beliau menyatakan fungsi Guru Penolong Kanan terhadap kepimpinan sekolah banyak membantu meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah masing-masing khususnya dan peringkat daerah Kulai umumnya.

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Ucap Utama dan Majlis Penutupan
Tn Hj Ishak bin Mahbob
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Modul 5 : Peranan SIP+ Dalam Pemantapan Kepimpinan Sekolah
Penceramah : En. Azman bin Shafii
Pegawai SIP+

5 Aspirasi Sistem
6 Aspirasi murid
11 Anjakan untuk trsnsformasi

11 Anjakan untuk transformasi
3 Gelanggang
Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 10.30 - 12.30 tgh
Modul 4 : Pembelajaran Abad Ke-21
Penceramah : Pn Lizawati binti Ahlit
SISC + Bahasa Melayu

Aktiviti walk galary

Komen dari kumpulan lain
Ahli kumpulan 11
dengan hasil kerja walk galary

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 8.00 - 10.00 petang
Modul 3 : Alat Pemajuan Sekolah Dalam Pembangunan Organisasi
Penceramah : Encik Misri bin Thariano
SIP+

PK SMK Bandar Tenggara
1. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010
    Muat turun fail :
   1.1  SKPM 2010
   1.2 ALAT PEMAJUAN SEKOLAH
          - Graf SKPM
          - Tool for schools improvement


No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ