Pengetua, Hj Armas Derusman |
Pengetua, Tn Hj Armas Derusman mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan penilai-penilai dari Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya sempena Program Pengarah Turun Padang (PPTP).
Usaha murni pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) berkunjung ke sekolah disambut baik kerana pemantauan dan penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh guru dan penyemakan dokumen-dokumen pengurusan sekolah adalah amat penting.
Oleh yang demikian kata pengetua, pihak pengurusan sekolah secara tidak langsung akan dapat membuat penambahbaikkan terhadap segala kekurangan yang ada dalam usaha menjadikan sekolah ini meningkat ke satu tahap yang lebih baik selaras dengan misi dan visi sekolah iaitu "Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" dan "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang".
Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Rashid Murhidin, PK Kokurikulum Ahmad Survi, PK Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan, semua Guru Kanan Matapelajaran dan guru Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru.
Dokumen Sekolah |
Pautan ke
No comments:
Post a Comment