23 September, 2013

LAGU PATRIOTIK PAHLAWANKU DARI PESERTA SMK KANGKAR PULAI MENJADI JUARA

21 September 2013 : TJ Mart, Kulaijaya

Peserta dari SMK Bandar Tenggara
Seramai 36 peserta dari Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kulaijaya telah terlibat dalam Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena Karnival 1 Malaysia yang berlangsung di TJ Mart, Kulai baru-baru ini.

Datin Hasnah Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya menyampaikan ucapan dan menutup rasmi pertandingan itu. Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Faiz Hamzah telah mendendangkan lagu patriotik berjudul "Pahlawanku". Walau pun Faiz kalah dalam pertandingan itu namun semangat yang ditunjukkan amat membanggakan sekolah.

Dua murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Hazira Shamsul Ihtihsham, johan sajak kategori sekolah menengah rendah dan Nurafizah Zolkeple, tempat ketiga sekolah atas. peringkat Daerah Kulaijaya

Lihat video klip: Johan Sajak (SMR) dan Ketiga (SMA)..

Hazira Shamsul Ihtihsam, Johan Deklamasi Sajak , kategori sekolah menengah rendah. Peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulaijaya


KEPUTUSAN PENUH NYANYIAN LAGU PAATRIOTIK
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Johan : SMK Kangkar Pulai
            Norhdleza binti Alias
Naib Johan : SMK Tunku Abdul Rahman Putra
            Wong Kah Wei
Ketiga: SMK Kulai Besar
            Siti Nurbalkis binti Mohd Halim

KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Johan : SK Taman Kotas Kulai 2
            Muhd Syahmil bin Mansor
Naib Johan : SK Sedenak
            Nurul Husno bin Mansor
Ketiga: SJK (C) Senai
            Kim Liang Yu
__________________________________________


Cik gu Anne Suraya, wakil murid Juara Ssajak kategori menengah rendah, Hazira Shamsul Ihtihsham

\Cikgu Rohidah Othman, wakil murid tempat ketiga, Nur Aafizah Zolkepele

JOHAN KESELURUHAN
SMK BANDAR PUTRA, KULAIJAYA

Johan nyanyian lagu patriotik sekolah menengah, Norhadliza binti Alias, SMK Kangkar Pulai, mendendangkan lagu patriotik "Pahlawanku"

Johan lagu patriotik, sekolah rendah, Muhd Shamil Mansor, SK Taman Kota Kulai 2



KLIP VIDEO JOHAN
PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

Sedang dikemaskini.








No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ