27 September, 2013

PAMERAN DIPLOMA SHOW VISUAL KREATIF PRAUNIVERSITI MENCAPAI TAHAP CEMERLANG DAN BERKUALITI

25 September 2003 : Bilik Seni Visual Pra Universiti


Selamat Datang Ke SMK Bandar Tenggara
Ciptaan salah seorang pelajar Prauniversiti 2013

Pameran Diploma Show Visual Kreatif Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara bimbingan Iskandarrani Mohamed, guru matapelajaran Seni Visual sekolah ini jelas terserlah apabila kejayaan anak-anak didiknya mempersembahkan hasil ciptaan masing-masing melalui aktiviti pameran.
Pengerusi Kelab Seni Visual
Mohamad Taufik bin Kadir
Mohamad Taufik bin Kadir, ditemui berkata pameran ini merupakan hasil karya pelajar-pelajar sekolah ini yang mengambil matapelajaran Seni Visual. Pameran ini merupakan pertama kali diadakan di sekolah ini. Tema pameran ini adalah untuk mempamerkan reka bentuk sebuah landskap sebagai tempat riadah dan berehat atau dengan singkatan "RNR".

Katanya lagi, Cikgu Iskandarrani Mohamed memberitahu kami bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu sistem modular baru dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau memberi tunjuk ajar dan pencetus kepada program ini. Selaku pengerusi dan ketua projek tambahnya lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pelajar Seni Visual kerana sama-sama menjayakannya. Harapan beliau selaku ketua projek, teruskan perjuangan dan menyambung pelajaran dlam bidang seni visual di universiti tempatan atau luar negara.


Tn Hj Armas Derusman, pengetua sekolah mengunjungi pameran Diploma Show  Seni Visual Kreatif  hasil ciptaan pelajar Prauniversiti 
Pelajar Seni Visual
Kunjungi guru-guru Prauniversiti melihat hasil kerja
pelajar seni visual bimbingan Iskandarrani Mohamed
Hasil kerja pelajar seni visual
Keindahan ciptaan pelajar yang kreatif
Alam Flora dan Fauna dimasukkan dalam reka bentuk RNR
PENGENALAN
Matapelajaran Seni Visual; merupakan penjenamaan semula bagi matapelajaran lukisan sebelum ini. Ianya dimulakan pada tahun 2002. Calon-calon matapelajaran ini meningkat dengan banyaknya apabila ianya diperkenalkan. Peningatan bilangan calon amat ketara apabila jumlah pelajar seramai 7682 berbanding tahun 2002 yang hanya mencapai 1766 calon sahaja. Oleh yang demikian, Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti wajar sekali diadakan.

TUJUAN
Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya kreatif, inovasi dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Seni Visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

OBJEKTIF
* Mempamerkan hasil karya pelajar mengikut skema Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
* Meningkatkan kefahaman pelajar menguasai sistem modular yang baru.
* Melahirkan pelajar yang berkemahiran dari aspek pengurusan.
* Mendedahkan kepada pelajar dan guru terhadap proses pengajaran dan penilaian dalam Seni Visual.

TARIKH PENTING
17.9.2013 (Selasa) : Pentaksiran Model
17- 24.9.2013 (Seminggu) : Persiapan pameran Diploma Show.
19.9.2013 (Khamis) : Pentaksiran Dokumentasi
25.9.2013 (Rabu) : Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif

ATUR CARA PROGRAM
* 9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.
* 9.45 pagi ; Nyanyian Lagu Negaraku.
* 9.50 pagi : Bacaan doa.
* 10.00 pagi : Persembahan pelajar.
* 10.30 pagi : Ucapan pengerusi.
* 10.45 pagi : Ucapan perasmian oleh penetua sekolah.
* 11.00 pagi : Lawatan ke bilik pameran.
* 11.30 pagi : Jamuan
* 12.00 tengahari : Penyampaian cenderamata
* 12.30 tengahari : Majlis bersurai.

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ