22 September, 2013

PASUKAN FUTSAL HARIMAU MUDA LIMA5 TEWAS DENGAN PASUKAN SIFU SEKOLAH

20 September 2013: KEJOHANAN FUTSAL RAKAN MUDA LIMA5 2013

5 Baiduri  FC VS 5 Delima FC
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Ahmad Nazri Selamat, setiausaha sukan sekolah ditemui berkata, .Kejohanan Futsal Rakan Muda Lima5 2013 yang telah diadakan ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan murid-murid Tingkatan Lima yang baru sahaja menduduki peperiksaan percubaan SPM. Seramai 42 orang murid telah terlibat dan menjayakan kejohanan tersebut.

Katanya lagi, Pasukan Futsal SIFU Sekolah yang diketuai oleh Aidil Shamin Abd Razak telah berjaya menjuarai pertandingan kali ini dengan mengalahkan 5 Baiduri FC dengan jaringan 3 berbalas 1. Manakala pasukan Bukan Team Biasa yang dijangkakan akan menjadi juara hanya berjaya mendapat tempat keempat apabila tewas 4 berbalas 3 dengan pasukan Kangkang FC.

Azlina Abu Bakar selaku pengurus Pasukan SIFU Sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain yang terdiri oleh Ahmad Survi, Ahmad Nazri Selamat, Rohim Abd Rahman, Aidil Shamin Abd Razak dan 2 pemain daripada Pra Universiti. Katanya lagi, penjaring terbanyak disandang oleh Ahmad Survi dengan jumlah jaringan individu sebanyak 7 gol. Tahniah katanya lagi.

5 Delima Fc vc 5 Intan FC

5 Intan FC vs Bukan Team Biasa

Team SIFU vc Bukan Team Biasa

5 Baiduri FC
Mohamad Hassn bin Kadir (ketua pasukan), Muhamad Zulhilmi Ilahi bin Fazal Ilahi, Muhammad Dhiyauddin bin Ariffin, Muhammad Farhan bin Abd Ghafar, Amirul Shafiq bin Azman dan Amirul Hafizi bin Azmi
5 Zamrud FC (Team Bukan Biasa)
Muhammad Hafiz bin Rashid (ketua pasukan), Muhammad TAufiq bin Jahimah, Muhammad Afiq bin Aziz, Abdul Latif bin Jalil, HAfizuddin Hakim bin Yahya, Saiful Nizam bin Minhat dan Khairul Faris bin Jalil.

5 Intan FC (Rare FC)
Ruzaimi bin Ahmad (ketua pasukan), Qamarul Shukri bihn Md Deria, Muhammad Farhanudin bin Kamarudin, Muhammad Khudzaifah bin Ab Aziz, Muhammad Hadri Baharuddin, Mohamad Nur Farid bin Mohd Ayob, dan Muhammad Hanafi bin Mohd Noor

5 Delima FC
Muhammad Arif bin Mohd Razali (ketua pasukan), Nor Imran bin Kamaruddin, Muhammad Afiq bin Poniran, Muhammad NAdzir bin Razman, Mohamad Khairul Izwan bin Mohamed, uhammad HAziq bin Abd Nasir dan Muhammad Farhan Ezzedine bin Zainuddin.

VIDEO KLIP
Bersemangat
Jaringan Saiful Nizam bin Minhad
Pasukan Bukan Team Biasa

KEPUTUSAN PENUH
KUMPULAN A
1. SIFU FC (4) VS BUKAN TEAM BIASA (4)
2. RARE FC (1) VS BUKAN TEAM BIASA (6)
3. SIFU FC (10) VS RARE FC (2)

JOHAN A: SIFU FC
NAIB JOHAN A: BUKAN TEAM BIASA

KUMPULAN B
1. 5 BAIDURI FC (3) VS 5 DELIMA FC (1)
2. KANG KANG FC (2) VS 5 DELIMA FC (0)
3. 5 BAIDURI FC (0) VS KANGKANG FC (0)

JOHAN B: 5 BAIDURI FC
NAIB JOHAN B: KANG KANG FC

PERTANDINGAN AKHIR
 SIFU FC (3) VS 5 BAIDURI FC (1)

TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT
BUKAN TEAM BIASA (3) VS KANG KANG FC (4)

JOHAN : SIFU FC
NAIB JOHAN : 5 BAIDURI FC
KE-3 :   KANG KANG FC
KE-4 : BUKAN TEAM BIASA 

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ