27 September, 2013

JEBAT JUARA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-21 TAHUN 2013

26 September 2013: Stadium Tenggara
Rumah JEBAT juara 
Bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) negeri Johor menghampiri 200 pada bulan Julai lalu menunjukkan petanda tidak sihat kepada kehidupan manusia. Maka Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-21 Tahun 2013 ditangguhkan atas dasar memelihara kesihatan semua murid dan guru sekolah. Akhirnya kejohanan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini walau pun hanya melibatkan semua murid Tingkatan Satu, Dua dan Empat sahaja.

JEBAT muncul juara dalam Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-21 Tahun 2013 dengan memperolehi 12 Emas, 9 Perak dan 5 Gangsa. Tempat kedua dimenangi oleh rumah KASTURI, ketiga rumah TUAH dan LEKIR keempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Armas Derusman, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara,diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi.

Ahmad Nazri Selamat, setiausaha sukan ditemui berkata, tahniah kepada atlit-atlit yang berjaya, syabas ditujukan kepada ketua-ketua dan guru-guru rumah sukan, ahli jawatankuasa pengelola serta semua murid yang telah menjayakan kejohanan olahraga kali ini.

Manakala Siti Hanizan Samsuri, penolongnya  mengatakan atlit-atlit yang berjaya telah dapat dikenalpasti dan latihan seawal mungkin akan diadakan untuk menghadapi kejohanan yang lebih besar di peringkat MSSD Kulai dan MSS Johor tahun hadapan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas serta Guru-guru Kanan Matapelajaran yang terdiri daripada Hjh Hamimah Yunos, Hjh Hayati Abdullah dan Hjh Hasnah Kasnan.

KEPUTUSAN PENUH

Johan : JEBAT ( 12E 9P 5G)
Naib Johan : KASTURI ( 8E 6P 9G)
Ke-3: TUAH (6E 10P 11G)
Ke-4 : LEKIR (4E 5P 5G)

SENARAI KONTIJEN/ RUMAH SUKAN

RUMAH JEBAT
Penyelaras : Hjh Hasnah binti Kasnan
Ketua Rumah : En. Mohd Nurul Faisal bin Abd Ghani
Penolong : Cik Rohaiza binti Muhd Zin

RUMAH LEKIR
Penyelaras : Hjh Sawilah binti M.Auf
Ketua Rumah : En. Khairul Aime bin Mohd Termizi
Penolong : Pn Noraziah binti Shafie

RUMAH KASTURI
Penyelaras : Hjh Hayati binti Abdullah
Ketua Rumah : En. Taufiq bin Aluddin
Penolong : Pn Munirh binti Md Sidek

RUMAH TUAH
Penyelaras : Hjh amimah binti Yunos
Ketua Rumah : En. Hamzah Rahman bin Soriat
Penolong : Cik Zahiah binti Hamzah




JK Keselamatan
Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-21 Tahun 2013

GAMBAR KENANGAN KEJOHANAN

 




LIHAT KENANGAN (klik di bawah)
"Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan"
 

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ