01 April, 2012

KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR CELIK AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

30 Mac 2012: Dewan Permata

Majlis pelancaran

Pengetua, Tuan Hj Mohmad Hashim, merasmikan Program Penghayatan Al Quran peringkat sekolah yang diadakan pada Jumaat lepas. Seramai 700 murid/pelajar sama-sama menghayati bacaan Al Quran yang disampaikan oleh Muhamad Fiqry Muhamad Fahmi (pelajar buta) dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya.

PK Hal Ehwal Murid ditemui berkata, program seperti ini mempunyai matlamat penting dalam usaha untuk meningkatkan disiplin, menguatkan jati diri setiap individu, patuh kepada peraturan sekolah. Antara objektif penting ialah untuk  meningkat kesedaran betapa pentingnya ajaran islam dalam pembentukan diri dan sahsiah pelajar. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, PK HEM Rashid Muhidin, PK Kokurikulum, Ahmad Survi, PK Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin, PK Pendidikan Khas, Ruhaizad Redwan, guru-guru kanan matapelajaran, Hjh Sawilah M.auf, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Hasnah Kasnan, Hjh Hayati Abdullah, guru bimbingan kaunseling, Hj Khairudin Abu Nawas, Salmah Othman, Noridah Sidek, guru-guru Panitia Agama Islam serta guru-guru SMKBT.


Muhammad Fiqry Muhamad Fahmi (pelajar buta)
SM Pendidikan Khas Indahpura
Biodata
Tarikh lahir : 13 Jun 1995 di Kapit, Sarawak.
Mualaf pada umur 6 tahun bersama seluruh keluarga. 
Merupakan anak tunggal.

Pendidikan
Sekolah Pendidikan Princess Elizabeth 2002 - 2007
SM Pendidikan Khas, Setapak 2008 -2010
SM Pendidikan Khas Indahpura 2011- 2012

Penguasaan Al Quran
Mula belajar al Quran dan Taranum ketika darjah 4. Berguru dengan Ustaz Ibrahim bin Jailani.
Mengikuti kelas al Quran anjuran PERKIM kelolaan Ustaz Haji Bachok bin Tumpas

Pencapaian
Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan - 2008 -2009
Johan Keseluruhan, Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan - 2011 (wakil Johor)

Naqib Rakan Al Quran
Muhamad Amirul Hisham Azman (1 Baiduri), Siti Khadijah Suhaimi (1 Baiduri), Nur Mashiha Mohammad Shariff (1 Baiduri), Muhammad Naqib Fakhruddin Mohd Faezall (1 Delima) dan Maizatul Nisha Zaidi (1 Intan)


Minat guru terhadap sistem braile yang diterangkan oleh Muhamad Fiqry.


No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ