11 September, 2014

KEM KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

10 Sept 2014 : Tiram Indah Village, Ulu Tiran, Johor

Perasmian oleh Yang Berbahagia Tn Hj Yasman Jamsir
Ketua Sektor, Sektor PembangunanKemanuswaan JPNJ
Kem Koakademik Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor 2014 diadakan di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor Bahru. Yang Berbahagia Tuan Hj Yasman Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan , Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyempurnakan perasmian penutup pagi ini.

Dalam ucapan beliau bahawa program ini mempunyai matlamat penting untuk memberi pendedahan kepada murid tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).  Untuk maju, PPM akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian  aspirasi setiap murid.

Katanya lagi, Kemahiran Dwibahasa penting dikuasai oleh semua murid dan sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa  kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Elanggovan a/l Savarimuthu, Penolong PPD Kulaijaya, Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua-ketua Unit Akademik,  Pegawai-pegawai Teknik Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya dan jawatankuasa pengelola.

Bersama-sama dalam program tersebut ialah Penolong-penolong Kanan Kokurikulum, En. Kamalullail Toha, SMK Sultan Alauddin, En. Ahmad Survi, SMK Bandar Tenggara, Pn Maswati, SMK Senai , SMK Munshi Abdullah, SMK Bandar Putra, SMK Kelapa Sawit, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, SMK Kota Kulai, SMK Sultan Ibrahim dan SMK Bandar Tenggara 2 turut menjayakannya.

En. Mohd Firdaus Misri, SMK Bandar Tenggara 2 dan
Cik Sharipah Faridah, SMK Kulai Besar
Encik Mohd Firdaus Misri, SMK Bandar Tenggara 2 merupakan kem komandan dan penolongnya Cik Sharipah Faridah Syed Mohamad, dari SMK Kulai Besar ditemui berkata bahawa antara objektif penting program ini ialah untuk melatih murid berkomunikasi dengan lebih baik walaupun dari budaya, bangsa dan latar belakang yang berbeza disamping dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif dengan persekitaran dan iklim yang berbeza.

Pegawai Teknik
Peserta kem
Peserta-peserta kem
SMKBT, SSA dan SMK Senai

JK Hadiah, SMK Kelapa Sawit
Pengacara majlis, SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Pramusaji SMK Bandar Tenggara

Pasukan Kompang SMK Senai
Pasukan tarian zapin, SMK Senai




Persembahan Zapin, SMK Senai
Pn Maswati, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Senai ditemui berkata, nama kumpulan zapin yang dibimbing oleh Cikgu Ghazali Mastor ialah Kumpulan Pewaris Destar Limar. Kumpulan ini juga mendapat kerjasama daripada Cik Aminah Mohd Noah sebagai juru makeup, Pn Raziah Md Jaafar bertugas dalam bidang kebajikan dan pengurusan.

Katanya lagi, pencapaian tertinggi pasukan tarian ini ialah menjadi johan di peringkat daerah Kulaijaya dan ke peringkat Negeri Tahun 2013. Seorang daripada ahli kumpulan ini terpilih ke Program Semarak Tarian Kebangsaan pada tahun yang sama.

Sambutan, SMK Senai

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ