26 July, 2013

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QUR'AN 2013

26 Julai 2013: ANJURAN HEM DENGAN KERJASAMA PANITIA AGAMA ISLAM
Majlis Khatam al-Qur'an
Di Dewan Permata
Seramai 22 orang pelajar telah terlibat dan menjayakan Majlis Tadarus dan Khatam al-Qur'an anjuran Pengurusan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Panitia Agama Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) ditemui berkata, sepanjang bulan Ramadhan banyak program berkaitan pembangunan insan telah dilaksanakan dengan jayanya. Segala sokongan daripada pihak pengetua, guru-guru dan pelajar sangat-sangat dihargai. "Sekolahku Gemilang" menjadi agenda utama seperti mana saranan Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini.

Matlamat
Melahirkan golongan guru dan pelajar yang mencintai al-Qur'an.

Objektif
1. Guru dan pelajar dapat meningkatkan amalan budaya membaca al-Qur'an di dalam kehidupan seharian         terutamanya di bulan Ramadhan.

2. Guru dan pelajar dapat menghayati isi al-Qur'an sebagai panduan hidup.

3. Guru dan pelajar dapat menzahirkan pendidikan dan tarbiah al-Qur'an dalam diri masing-masing.

Pelajar yang terlibat dalam program tadarus:-


Bersama Tuan Hj Armas Derusman, pengetua SMKBT

PRA UNIVERSITI
Mohd Hasrul Hisham Hassan; Mohamad Hafizudin Mohd Alias; Muhamad Roslaily Rosdi; Abdul HAdi Misnan; Muhamad Afiq Md. Ariff; Amirul Shafiq Adnan; Muhammad Azuan Md Faiz; Faizzul Aziz Sadali; Muhammad Fakhruddin Abd Aziz dan Muhammad Hazwan Hazman.

ALIRAN PERDANA
Mohd Amirul Syafiq Azman dan Mohd Farhan Abd Ghafar (5 Baiduri).
Mohd Afiq dan Noor Izzat Iskandar (4 Delima)
Farid Izzudin Zulkifli dan Amirul Hadi Hamid (4 Baiduri)
Mohd Faruqzaidani Zulkifli (3 Delima)
Mohd Naim Hanafi Abd Halid dan Mohd Arsyad Syakirin Azman (3 Baiduri)
Muhamad Naim Zulkifli (2 Intan)
Mohd Hanif Jantan dan Khuhaimie Kamal (1 Baiduri) 

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ