09 May, 2013

BADMINTON ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI ANTARA GURU DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

BANDAR TENGGARA : Anjuran BKGK

Pemain regu harapan
Hubungan Komuniti, antara guru dan polis jelas kelihatan apabila kunjungan pasukan badminton dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke SMK Bandar Tenggara untuk aktiviti bersukan diraikan dengan penuh kemesraan walau pun dalam hujan lebat petang tadi.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara guru dengan anggota keselamatan Bandar Tenggara, kata Zolkeple Jemadar. Beliau selaku penyelaras perlawanan badminton kali ini membawa mesej 1Aspirasi 1Agenda selaras dengan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pasangan regu wanita
Perlawanan yang menjadi tumpuan penonton ialah apabila Hanifatiza dan Munirah dari SMK Bandar Tenggara menentang Salina dengan pasangannya Shasha dari pasukan PDRM. Pasukan sekolah telah tewas dalam perlawanan ini. Namun semangat kesukanan yang ditunjukkan membuktikan sukan merupakan satu media penting untuk membina semangat juang dan setiakawan.

Pasukan Badminton SMKBT-PDRM
Turut sama dalam perlawanan persahabatan tersebut ialah SI Yusof Hj.Muda, Sarjan Tanal, Sarjan Amran, Kopral Roslan dan Lans Kopral Rahim, Shafie, Zaidi, Azrul, Aeron, Rojer dan Nizam dari PDRM Bandar Tenggara. Manakala Ustaz Zuraimi, Rohim, Ahmad Survi, Mohd Pozi, Ahmad Nazri, Mustafa, Aidil Shamin, Hamzah Rahman dan Zolkeple Jemadar dari SMK Bandar Tenggara.  
Cenderamata sebagai tanda kenangan
Dalam majlis perpisahan, Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia SI Yusof  Hj Muda, ketua kontinjen polis manakala Ustaz Zuraimi Hamidun, mewakili kontinjen sekolah. Sumbangan berbentuk hamper itu disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Tenggara.

Jadual Aktiviti Sempena Hari Guru:

25 April 2013 : Pertandingan Memancing
29 April - 21 Jun: Pertandingan Rekacipta Video Kebangsaan
07 Mei 2013  : Pertandingan Pentanque
08.Mei 2013  : Pertandingan Memasak.
09 Mei 2013  : Perlawanan Badminton (Polis DRM vs SMKBT)
10 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Guru
11 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Piala PPD Kulaijaya
12 Mei 2013  : XPDC Berbasikal KPPK Peringkat Negeri Johor
15 Mei 2013  : Pertandingan Boling Ten Pin
16 Mei 2013  : Sambutan Hari Guru
                        Tema : 1Aspirasi 1Agenda

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ