04 January, 2013

MESYUARAT KOKURIKULUM DAERAH KULAIJAYA

27 Disember 2013 : Bilik Mesyuarat PPD Kulaijaya

MESYUARAT                      : Pengurusan 10 % Markah Kokurikulum
TARIKH                                 : 27 Disember 2013 (Khamis) ;
TEMPAT                               : Bilik Mesyuarat PPD Kulaijaya
MASA                                   : 2.30 Petang
SASARAN                            : Semua GPK Kokurikulum Sekolah Menengah

Pengerusi                           : En. Elanggovan a/l Savarimuthu
Turut hadir                          : En. Johan Hj Nasir (Penyelia PBB)
                                                : En. Abu Talib Daud (Penyelia Sukan)

1.                   Ucapan pengerusi – En. Elanggovan a/l Savarimuthu
a.       Menyampaikan amanat PPD Kulaijaya.
b.      Menyarankan penutupan buku tunai dilaksanakan setiap bulan.
c.       Penggunaan Bantuan Kokurikulum (BKK), dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) di bawah penyeliaan GPK Kokurikulum dengan kelulusan pengetua.
d.      Semak Borang Penilaian Kokurikulum – untuk mencalon pelajar , guru dan sekolah cemerlang kokurikulum peringkat daerah tahun semasa.
e.      Mesyuarat peringkat daerah – kehadiran semua GPK Kokurikulum adalah menjadi keutamaan. Kecuali atas sebab-sebab rasmi dan tidak dapat dielakkan. Wakil perlu hadir.
f.        Penglibatan sekolah dalam aktiviti di peringkat daerah perlulah menyeluruh.
g.       Takwim PPD menggabungkan aktiviti sukan, koakademik/ akademik dan pasukan badan beruniform- dipaparkan dalam laman web PPD.
h.      Semua penyertaan sekolah melalui NGO mestilah mendapat surat kebenaran daripada PPD terlebih dahulu. NGO disarankan menghantarkan surat kepada PPD untuk memohon kebenaran penyertaan sekolah terbabit.
i.         Pemakaian pakaian seragam pada hari Rabu hendaklah dipertingkatkan. Pamakaian  baju koperat tidak digalakkan.
j.   Di peringkat sekolah waktu kokurikulum hendaklah dilaksanakan - tiada kompromi.



1.  Ucapan – En Johan Hj Nasir (Penyelia Persatuan Badan Beruniform).
a.       Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat.
b.      Mengedarkan takwim aktiviti  Persatuan Badan Beruniform (PBB) peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
c.       Kursus  & Perkhemahan Persatuan Badan Beruniform (PBB) Peringkat Daerah
                          i.      Kursus Sarjan KRS : 5 - 6 Mac 2013 di SMK Sultan Alauddin.
                         ii.      Perkhemahan KRS (L/P) : 11 -13 Jun 2013 di SMK Sultan Alauddin.
      d.      Pertandingan Kawad Kaki  Persatuan Badan Beruniform (PBB) Peringkat Daerah
                          i.      Pertandingan Kawad Kaki KRS, GO dan NGO :9 April 2013 di TJ Mart
      e.      Pertandingan Silat SR/ SM
                          i.       Peringkat Daerah : 30 April 2013 di SKP.Uta
                         ii.      Peringkat Negeri    : 10-12 Mei 2013; Segamat
                        iii.      Peringkat Kebangsaan : 4-7 Jun 2013; Sabah
       f.   Pertandingan Kawad Kaki  Persatuan Badan Beruniform (PBB) Peringkat Negeri
                          i.      KRS (P)   :30 April 2013; Mersing.
                         ii.      NGO (L)  : 2 Mei 2013; Kluang.
                        iii.      GO (P)     : 7 Mei 2013; Kota Tinggi.
                         iv.      GO (L)     : 14 Mei 2013; Pontian.
                          v.      KRS (L)   : 15 Mei 2013; Batu Pahat.
                                    Merujuk  Takwim Persatuan Badan Beruniform Daerah Kulaijaya Tahun 2013.

1.                   Ucapan – En Abdul Talib Daud (Penyelia Sukan).
a.       Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat.
b.      Takwim MSSD, MSSJ dan MSSM telah diedarkan ke sekolah-sekolah.
c.       Meminta kerjasama semua sekolah yang menjadi tuan rumah untuk membuat persediaan awal- panggilan mesyuarat untuk semua Pengerusi Teknik, mesyuarat ketua-ketua pasukan dan lain-lain.
·         Merujuk  Takwim MSSD, MSSJ dan MSSM Tahun 2013.

2.                   Ucapan – En. Elanggovan (Bahagian Akademik dan Koakademik).
a.       Mengedarkan Takwim Koakademik 2013 peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

b.      Bidang Bahasa Melayu (BM) – SMK Sultan Alauddin (JKD)
                                                               i.      Pidato Di Raja (Daerah): 2 Mac 2013 di SMK Taman Puteri.
Pidato Di Raja (Negeri) : 3 Julai 2013 di Johor Bahru
                                                             ii.      Pidato Pra Universiti (Negeri) : 3 Julai 2013 di Kluang.
                                                            iii.      Bahas Ala Parlimen – Terbuka (D): 2 Mac 2013 di SMK Bandar Tenggara 2.
Bahas Ala Parlimen – Terbuka (N): 12 Mac 2013 di Segamat.
                                                           iv.      Pesta Pantun – Terbuka (D) : 2 Mac 2013 di SMK Bandar Putra.
Pesta Pantun – Terbuka  (N) : 12 Mac 2013 di Segamat.
                                                             v.      Forum Remaja- Terbuka (D) : 2 Mac 2013 di SMK Indah Pura 1
Forum Remaja- Terbuka (N) :12 Mac 2013 di Segamat
                                                           vi.      Shahiba (Menengah Rendah): 2 Mac 2013 di SMK Kelapa Sawit.
                                                          vii.      Sajak, Syair : 14 Sept 2013; di TJ Mart
                                                        viii.      Bicara Berirama (D) : 3 April 2013; di TJ Mart
Bicara Berirama (N) : 12 Mac 2013; di TJ Mart * rujuk edaran.
                                                           ix.      Perkampungan Penulis Muda – Terbuka (D) : 16 April 2013 di SMK SSA.


c.       Bidang Bahasa Inggeris (BI) – SMK Bandar Putera (JKD)
                                                               i.      Bahas – Terbuka (Daerah): 6 April 2013 di SMK Bandar Putra.
Bahas – Terbuka (Negeri): 14 Mei 2013 di Pasir Gudang.
                                                             ii.      Public Speaking – Terbuka (D) : 6 April 2013 di SMK Sultan Ibrahim
Public Speaking – Terbuka (N) : 14 Mei2013 di Pasir Gudang
                                                            iii.      Choral Speaking – Terbuka (D): 24 April 2013 di SMK Senai
Choral Speaking – Terbuka (N) : 24 April 2013 di Pasir Gudang
                                                           iv.      Drama (D): 6 April 2013 * rujuk edaran.
Drama (N): 14 Mei 2013 di Pasir Gudang
                                                             v.      Johor Spelling Assesment Standard (D) : 6 April 2013 di SMK TARP
Johor Spelling Assesment Standard (N) : 25 Dept 2013 di Pontian.

d.      Bidang Sains & Matematik  – SMK Bandar Tenggara 2 (JKD)
                                                               i.      Amali Sains (Daerah): 10 April 2013 di SMK Bandar Putra.
                                                             ii.      Portable Cooking (D) : 10 April 2013 di di SMK Bandar Putra
                                                            iii.      Roket (Tg 2 : 12-16 thn) : 10 April 2013 di SMK Bandar Putra
                                                           iv.      Pembentangan Topik Saintis Muda (Ting:1-3): 10 April 2013; SMK Bandar Putra.
                                                             v.      Robotik (Sasbadi)( N) : 12 Jun 2013 ; Kulaijaya
                                                           vi.      Kereta Solar (N) : 12 Jun 2013; Kulaijaya
                                                          vii.      Science Show (Petrosains) (N) : 12 Jun 2013; Kulaijaya
                                                        viii.      National Science Technology (Anjuran MOSTI) * merujuk edaran ppd.
                                                           ix.      Formula One (Anjuran Petronas) * merujuk edaran ppd.
.
e.      Bidang Seni Budaya  – SMK Senai (JKD)
                                                               i.      Tarian (Daerah): 20 April 2013 di SMK Senai.
                                                             ii.      Kompang (D) : 27 April 2013 di TJ Mart
Kompang (N) :18 Jun 2013 di Batu Pahat.
                                                            iii.      Semarak Teater (D) : 20 April 2013 di SMK Senai
                                                           iv.      Puisi dan Lagu (D) : Akan dipilih.
Puisi dan Lagu (N) : 8 Mei 2013 ; Mersing

f.        Bidang Seni Budaya  – SMK Indahpura (JKD)
                                                               i.      Koir (D) : 20 Mac 2013 di TJ Mart
                                                             ii.      Lagu Patriotik – Solo : 24 Ogos 2013 di TJ Mart
                                                            iii.      Lagu Patriotik – Berduet : 24 Ogos 2013 di TJ Mart

3.                   10% Markah Kokurikulum – En Elanggovan a/l Savarimuthu.
a.       Tarikh akhir pengisian markah secara online ke KPM ialah pada 31 Januari 2013.
b.      Keutamaan kepada  Tingkatan 5 (SPM ) dan Tingkatan 6 (STPM)- secara “online”.
c.       Alamat  Laman Web APLIKASI PENGUMPULAN MARKAH KOKURIKULUM 2012  ialah http://apps.moe.gov.my/emkoko/
d.      Mengingatkan semua GPK Kokurikulum, semua markah peringkat sekolah hendaklah dikemaskinikan dan diserahkan kepada Pengetua.
e.      Salinan cetakan markah calon SPM dn STPM hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya untuk tujuan pemantauan dan penyemakan  2 minggu sebelum  atau pada 15 Januari 2013.
f.        Markah selain kelas-kelas peperiksaan hendaklah disiapkan  - untuk tujuan pertukaran sekolah, masuk ke asrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan keperluan ibu bapa.
   
4.                   Hal-hal lain:
a.       PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum bagi Tingkatan 1 dan 2 telah bermula tahun lepas.
b.       Pihak pengurusan PPD akan mengadakan mesyuarat khas kepada semua GPK Kokurikulum  dalam masa terdekat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam  4.45 petang.


No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ