04 January, 2013

MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU 2013

4 Januari 2013: Dewan Permata

Pengetua, Tuan Hj Armas Derusman menutup rasmi
Program Orientasi Tingkatan Satu dan Empat.

Sepanjang minggu orientasi seramai 260 orang pelajar telah didedahkan dengan maklumat-maklumat penting melalui beberapa siri taklimat yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Penyelaras program Noridah Sidek ditemui berkata, taklimat-taklimat tersebut merangkumi aspek-aspek disiplin dan peraturan sekolah, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa dan kebajikan murid, kemudahan perpustakaan, motivasi dan kokurikulum.

Tambahnya lagi, melalui program ini diharapkan murid mempunyai kesediaan untuk menjadi warga sekolah dalam masa yang sama menerapkan budaya cintakan sekolah dan menyumbang ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan visi dan misi sekolah.

Antara objektif program orientasi ini :-
  1. Menanamkan semangat cintakan sekolah.
  2. Mengenali budaya sekolah dengan lebih dekat
  3. Mengukuhkan ikatan silaturrahim antara murid, guru. kakitangan sekolah.
  4. Melahirkan pelajar berakhlak mulia, berilmu, berdaya saing dan berjiwa kental menghadapi cabaran.
  5. Menyesuaikan diri dengan iklim / suasana di sekolah.
Dalam majlis tersebut, Pengetua sekolah, Tuan Hj Armas Derusman, telah menutup rasmi program tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah GPK Pentadbiran Anim Mohamed Jaib, GPK HEM, Rashid Muhidin, Penyelaras program Noridah Sidek, Tn Hj Khairuddin Abu Nawas, Salmah Othman, Yuniza Md Jusoh serta guru-guru tingkatan 1 dan 4.

Penceramah :-
1. Shamsul Ihtihsham Musa - Disiplin
2. Ahmad Survi- 10 % markah kokurikulum. 
3. Khairulnizam Mohd Yusof - Badan Beruniform Sekolah.
4. Ahmad Nazri Selamat - Sukan (1Murid 1Sukan).
5. Hafilah Hamzah - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.  
6. Noridah Sidek - Motivasi diri.
7. Hjh Nisah Sarbini - Skim Pinjaman Buku Teks
8. Nor Asmah Ramly - perpustakaan.
9. Hjh Hamimah Yunus - Sains dan Matematik
10 Hjh Sawilah M.Auf - Vokasional & Teknik
11.Hjh Hasnah Kasnan - Sains Sosial
12. Hjh Hayati Abdullah - Bahasa . 
13. Rohaiza Muhd Zain, Shanthini a/p Appalanaidu, Surul Salwa Wahab, Nurul Shuhada Mohd Nor - Ujian Diagnostik.
14. Ustaz Ab Rahim  Arshad - Imam Solat dan bacaan doa.

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ