Johor Bahru: 1 November 2011
Bekas murid pendidikan khas, SMK Bandar Tenggara, Abdul Aziz M.Haithir dan Shima Ammera Adora M.Noor memulakan penghidupan baru apabila mendaftar sebagai pelajar Institutute Hospitality And Tourism (FeMAC) di Pandan City, Johor Bahru.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan serta guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri daripada Noraina Samad, Khairani Zakaria, Hasry Mustakim, Aimie, Nurul Faishal dan pembantu khas Norlisna Omar. Turut meraikan majlis jamuan akhir tahun itu ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi.
Abdul Aziz M.Haithir dan Shima Ammera Adora M.Noor
Guru Pendidikan Khas, Khairani Hamdan, ditemui berkata bekas muridnya Abdul Aziz 17 tahun, akan mengambil kursus bakeri dan pasteri (bakery and pastery) manakala Shima 17 tahun, mengemas bilik (housekeeping). Kedua-duanya, sungguh bertuah hari ini apabila rakan-rakan dan guru-guru turut serta menghantar mereka ke tempat kursus selepas majlis jamuan akhir tahun yang diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan serta guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri daripada Noraina Samad, Khairani Zakaria, Hasry Mustakim, Aimie, Nurul Faishal dan pembantu khas Norlisna Omar. Turut meraikan majlis jamuan akhir tahun itu ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi.
Gambar kenangan di Hotel Selesa, Johor Bahru
______________________________________________________
Pandangan dari bawah.
Pandangan dari tingkat satu Institute Hospitality & Tourism
City Pandan, Johor Bahru
Penubuhan Konsortium FeMAC di Pandan City, Johor Bahru adalah dengan
kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (Irda), Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK) dan Legoland. Sebanyak 5 jenis kursus ditawarkan di sini, termasuklah penyediaan makanan (chefs) tahap 1&2, penyediaan bakeri atau pasteri (bakery/ pastery chefs) tahap 1&2, pramusaji (waiters & captain) tahap 1&2, penyambut tetamu (front office) tahap 2&3 dan pengemasan bilik (housekeeping) tahap 1&2.
Pihak pengurusan FeMAC, Norasyikin berkata pelajar yang berjaya menamatkan kursus kemahiran akan
diwajibkan bekerja dengan Legoland melalui perjanjian yang telah dimeterai dengan Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran (PTPK). Menurutnya lagi kemudahan yang disediakan di sini merangkumi bilik kuliah yang moden lengkap dengan projektor dan TV LCD bagi suasana pembelajaran yang selesa, asrama yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan badminton juga disediakan.
Berita baik untuk semua pelajar yang berkursus di sini ialah tentang pemberian pinjaman oleh kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Dalam masa yang sama pelajar juga akan mendapat elaun sara hidup yang tinggi.
Pelajar juga akan diberikan bimbingan oleh tenaga pengajaran yang berpengalaman. Untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang yang diceburi penambahan pendapatan boleh diperolehi melalui latihan kerja separuh masa di hotel terkemuka. Kesimpulannya pelajar-pelajar di sini dijamin mendapat pekerjaan yang dikendalikan oleh Iskandar Malaysia dan Legoland.
Berita baik untuk semua pelajar yang berkursus di sini ialah tentang pemberian pinjaman oleh kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Dalam masa yang sama pelajar juga akan mendapat elaun sara hidup yang tinggi.
Keperihatinan guru-guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara
Guru-guru turut membantu dalam urusan pendaftaran.
Disaksikan oleh GPK Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan.