Bandar Tenggara : 15 November 2011
Sesi taklimat Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2011
di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) masuk tahun kedua,diteruskan lagi dengan penglibatan 40 pelajar sekolah ini dalam Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri Johor Tahun 2011. Jambori Rakan Muda kali ini diadakkan di Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak, Muar pada 23 hingga 25 November 2011.
Penyertaan pelajar ke jambori ini adalah untuk melengkapkan komponen penjelajahan lasak bagi melayakkan seorang peserta itu dianugerahkan pingat Gangsa atau pun Perak mengikut tahap pencapaian masing-masing.
Menurut Penolong Pengarah Program Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Sidi Latih, seseorang peserta ARPRM itu perlu melengkapkan empat komponen penting iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekrasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.
Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Ahmad Survi membuat pertemuan khas dengan 40 pelajar bertujuan untuk memberikan taklimat berkaitan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas jambori. Manakala Pemimpin ARPRM peringkat sekolah, Hafilah Hamzah menerangkan keperluan peserta semasa menghadiri jambori di Muar nanti.