Bandar Tenggara :22 Disember 2011
Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim menyampaikan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib sekembalinya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulaijaya) pagi ini.
Penyerahan itu disaksikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, Guru Kanan Sains dan Matematik, Puan Hajah Hamimah Yunus, Guru Kanan Sains Sosial, Puan Hajah Hasnah Kasnan, Guru Kanan Vokasional dan Teknik, Puan Hajah Sawilah M.Auf, Penyelaras PMR, Norkiah Ahmad, guru-guru serta kakitangan pejabat.
Sejumlah 155 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 5 calon mendapat keputusan 9A. Pencapaian keseluruhan dengan GPS 2.75 dan 74.84 % lulus semua mata pelajaran telah meletakkan SMK Bandar Tenggara pada kedudukan ketiga terbaik, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.

Kejayaan cemerlang Izzatul Isma memperolehi 9A dalam PMR 2011, mengembirakan kedua ibu bapanya, Iskandarrani Mohamed yang merupakan guru di sekolah ini. Turut sama berkongsi kejayaan itu ialah ibunya, Wardah Daud juga merupakan seorang pendidik yang bertugas di SMK Sri Pinang, Kulaijaya.
Murid Tingkatan 3 Baiduri ini juga telah menerima anugerah pingat Perak dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di atas penglibatan aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum serta perkhidmatan. Beliau juga merupakan "pelajar pintar cerdas" Permata Negara dan merupakan calon tunggal sekolah ini yang telah berjaya terpilih dalam Program Permata Pintar Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Wajah-wajah gembira semua Guru Kanan Matapelajaran (GKM) bersama GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib selepas mengetahui keputusan PMR 2011.
Menyemak keputusan dan menyenaraikan nama pelajar cemerlang.
Muhamad Farhan Abd Ghafar 3 Baiduri,
memperolehi 9A PMR 2011.
Pelajar cemerlang PMR 2011 bersama pengetua, guru-guru
SMK Bandar Tenggara dan PIBG.
KEJAYAAN CEMERLANG CALON PMR 2011
Calon-calon yang memperolehi 9A:-
1. Alif Azizi Parlan
2. Muhamad Farhan Abd Ghafar
3. Izzatul Ismah Iskandarrani
4. Nurul Atikah Noraji
5. Nurul Najihah Zanudin
Calon-calon yang memperolehi 8A, 7A dan 6A ialah:-
1. Siti Noor Allia Noor Ariffin (8A)
2. Nurfarhana Abd Mutalib (7A 2B)
3. Amirul Hafizi Azmi (7A 1B 1C)
4. Muhamad Amirul Syafiq Azman (6A 1B 2C)
5. Muhammad Shah Haziq Sharudin (6A 1B 2C)