19 October, 2011

PROGRAM PASCA PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Bandar Tenggara : 12 Oktober hingga 18 November 2011



Walau pun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan sudah diduduki namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga tidak berbentuk formal.

Justeru itu pelbagai program selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dirancang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling menjurus kepada mengembangkan potensi diri dan bakat kepimpinan murid.

Sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru kanan matapelajaran, ketua-ketua panitia dan guru-guru yang mengajar tingkatan tiga amat dihargai. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan adalah berbentuk kerohanian, emosi, jasmani dan mental.



Setiausaha program PASCA, Pn Salmah Othman dan pembantunya, Tuan Hj Khairudin Abu Nawas yang merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini, telah mencadangkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang enam minggu sebelum cuti persekolahan bermula.


    MINGGU PERTAMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh GPK Kokurikulum, Ahmad Survi.
2. Program Sayangi Daku oleh GPK HEM, Rashid Muhidin.
3. Program Restu Ilmu calon PMR dan SPM, bacaan yassin dan solat hajat.


    MINGGU KEDUA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Senamrobik oleh Khairulnizam Mohd Yusof.
2. Permainan tradisional oleh Saipi Halidin.
3. Indoor game oleh Abd Rahman Salleh.
4. Kursus penyembelihan - Khairulnizam Mohd Yusof
5. Pengucapan awam (public speaking) oleh Abd Rahman Salleh.
6. Motivasi oleh IKRAM.
bersama menyanyikan lagu kesedaran diri dalam sesi motivasi
bersama penceramah IKRAM, Jaysuman
     MINGGU KETIGA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Sukan dan permainan oleh Aidil Shamin Abd Razak dan Wahyu Ramayeni.
2. Indoor game oleh Anne Suraya Abd Hahim.
3. Kursus pengurusan jenazah oleh Norazana M.Arif
    CUTI DEEPAVALI

MINGGU KEEMPAT
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan glider oleh Shahfudin Hussein.
2. Bengkel Pertandingan Roket - Azlina Abu Bakar.
3. Ceramah pemakanan halal.
4. Taklimat kemasukan ke SM Taknik dan Vokasional.
5. Tayangan video.
6. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam

MINGGU KELIMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan roket air oleh Azlina Abu Bakar
2. Sukan dan permainan. 
3. Indoor game.

MINGGU KEENAM
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Cuti Sambutan Hari Raya Haji- 7 November 2011 (Ahad)
2. Cuti Peristiwa - 8 November 2011 (Isnin)
3. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam.
4. Simulasi Haji dan Umrah.
5. Bacaan yassin dan tazkirah.
6. Majlis penutupan Program PASCA 2011.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ