15 August, 2014

PERKAMPUNGAN PUISI PRAUNIVERSITI 2014

15 Ogos 2014 : Tanjung Piai

Peserta kursus :Kumpulan 1 bersama
Sulaiman BinMohd Noh
Matlamat :
Melahirkan pelajar yang celik akal dan menghayati tentang kehebatan dan kehalusan Khazanah Melayu yang berharga. Si samping itu, satu kerjasama di antara pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penulis Johor dan pentadbiran SMK Bandar Tenggara untuk mendidik generasi muda mengenai puisi Melayu.

Objektif
Antara objektif program ini ialah
1. Mengetahui tentang jenis-jenis puisi dan ciri-ciri puisi Melayu moden dan tradisional.
2. Menghasilkan karya-karya puisi sepanjang kembara danperkampungan ini berlangsung.
3. Menghasilkan persembahan dalam bentuk karya pentas berdasarkan puisi yang dicipta.
4. Menghayati dan mencintai puisi Melayu tradisi dan moden.

Kumpulan 2
Kumpulan 3

Aturcara Malam Perkampungan Puisi Prauniversiti 2014
8.00 malam    : Para peserta dan hadirin mengambil tempat.
8.10 malam    : Ketibaan tetamu kehormat.
                         Yang Berbahagia Datuk Dr. Awang Sariyan
8.15 malam    : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.
8.20 malam    : Bacaan Doa dan marhaban
                        Hj Zolkeple Jemadar
8.30 malam    : Jamuan makan malam
9.00 malam    : Persembahan Puisi
                       a. Encik Sulaiman Bin Mohd Noor (PPJ Muar)
                       b. Kumpulan 1 (SMK Bandar Tenggara)
                       c. Tn Hj Mohd Rosli Bin Bakir (PPJ Pontian)
                       d. Kumpulan 2 (SMK Bandar Tenggara)
                       e. Tn Hj Zolkeple Jemadar (SMK Bandar Tenggara)
                       f. Kumpulan 3 (SMK Bandar Tenggara)
                       g. En Shamsol (PPJ Kota Tinggi)
                       h. Pn Rohaidah Yon (PPJ Batu Pahat)
9.45 malam     : Persembahan VIP
                       a. Dato' Amiruddin Bin Md Ali Hanafiah
                       b.Datuk Dr Awang Bin Sariyan
10.00 malam   Penyampaian cenderamata dan hadiah
                       Penyampaian Sijil
10.15 malam  : Ucapan penutup oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Awang Bin Sariyan


Dalam gambar, PK Prauniverisiti, En Mohd Pozi Bin Kemin, PK Kokurikulum, En. Ahmad Bin Survi, Tn Hj Zolkeple Bin Jemadar, penyelaras program, En Shamsol Ihtihsam Bin Musa serta peserta-peserta kursus.  Turut serta En Mohd Hasry Bin Mustakim, En Ahmad Nazri Bin Selamat En Khairul Aime Bin Tajuddin, En Aidil Shamin Bin Abd Razak, Pn. Suriati Binti Elias dan Pn Fadilah BInti Ismail


JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat :
Hj Abdul Rahim Bin Omar
Pengerusi DBP Wilayah Selatan
             
Dato' Amiruddin Bin Mohd Ali Hanafiah
Ketua 1 PPJ

Pengerusi  :
Pn Zaharah Binti Mohd Jani
Pengetua SMK Bandar Tenggara

Naib Pengerusi :
Encik Hamzah Rahman Bin Soriat
Bendahari PPJ

Setiausaha  :
Tn Hj Mohd Rosli Bin Hj Bakir

Penyelaras:
Tn Hj Zolkeple Bin Jemadar
En Roslan Bin Yatiman
En Shamsul Ihtihsham Bin Musa
En Hamzah Bin Hamdan
PnFaridah Binti Abdullah
Pn Fadilah Binti Ismail
Hjh Muzayanah Binti Sumrah
Hjh adijah Binti Sunok (PPJ)
                  :

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ