21 Ogos 2013 : Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan
Kesemua pengadil dan penganjur pertandingan Shamsul Ihtihsham Musa (bola baling), Hanifatiza Mohd Yusoff (bola jaring), Mohd Hanif Abu Hassan (petanque) dan Rohim Abd Rahman (bola sepak) bersetuju menamatkan pertandingan dengan serta merta apabila cuaca semakin gelap dan kedengaran guruh pada petang semalam.
Aktiviti seterusnya dilaksanakan di Dewan Permata dikendalikan oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara. Aspek keselamatan adalah paling utama kata beliau. Semua murid diberikan taklimat kepentingan 10% markah kokurikulum yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah pada akhir tahun.
Setiausaha Sukan, Ahmad Nazri Selamat, membawa pelajar ke padang |
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui 2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Sehubungan dengan itu Karnival Sukan dan Permainan Tingkatan Satu, Dua dan Empat telah dilancarkan pada minggu ini. Sebanyak 5 jenis permainan dipertandingkan di peringkat antara kelas. Lima permainan tersebut ialah bola sepak 7 sebelah, bola jaring, petanque dan bola baling. Manakala woodball merupakan permainan baru yang akan diperkenalkan di sekolah ini melalui program pembangunan sukan.
Ahmad Nazri Selamat, setiausaha sukan ditemui berkata sambutan murid amat baik. Semua murid tingkatan satu, dua dan empat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, bersolat zohor di surau sekolah dan selepas itu rehat untuk makan tengahari. Pertandingan antara kelas dijalankan tepat pada jam 2.30 petang dengan bantuan guru tingkatan masing-masing sebagai pengurus pasukan.

Shamsul Ihtihsham, menerangkan undang-undang permainan bola baling |
Hanifatiza, menerangkan peraturan bola jaring |
Hjh Ruziah Maarop, menerangkan kepada peserta petanque |
Aktiviti seterusnya dilaksanakan di Dewan Permata dikendalikan oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara. Aspek keselamatan adalah paling utama kata beliau. Semua murid diberikan taklimat kepentingan 10% markah kokurikulum yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah pada akhir tahun.
No comments:
Post a Comment