23 August, 2013

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI JOHOR


22 Ogos 2013 : Dari SMK Kota Kulai, Kulaijaya Johor

Majlis Penutupan Rasmi Festival
Daerah Batu Pahat telah muncul menjadi Johan Keseluruhan Festival Sains dan Teknolgi Peringkat Negeri Johor Tahun 2013 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kulai, Kulaijaya bermula 22 hingga 23 Ogos 2013.

Majlis Perasmian Penutup Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Halid Hasbullah, Pegawai Daerah (ADO) Kulaijaya.

Menjuarai tiga daripada sepuluh acara yang dipertandingkan iaitu Johan dalam Bercerita Sains (sekolah rendah), Teknologi Pelancaran Roket dan Cooking With Nature (Efficiency Energy Cooking Competition) mengangkat darjat Daerah Batu Pahat sebagai Juara Keseluruhan. Begitu juga Daerah Batu Pahat mendapat Naib Johan dalam dua kategori Saintis Muda (sekolah rendah) dan Pertunjukkan Sains serta mendapat tempat ketiga dalam dua kategori lagi iaitu Anugerah Inovasi (kumpulan) dan Solar Boat.

Persembahan zapin
Majlis penutupan Festival Sains dan Teknologi itu itu diserikan lagi dengan persembahan  menarik oleh pasukan zapin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, Kulaijaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Tengku Zaharah Tengku Othman, Pengarah Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor; Tuan Hj Jasman Jamsir, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pelajaran Johor; Azmi Abu, Penolong Pengarah, Kokurikulum JPNJ dan Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya. Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah rendah dan menengah juga hadir sama dalam majlis penutup festival.

Anisya Natsha Kamarudin
Anisya Natashah Kamarudin, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Pemanis, Segamat telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Anugerah Inovasi (individu) dalam Festival Sains dan Teknologi tahun ini. Hasil rekaan ani ialah Absorbott iaitu alat penyiraman automatik, yang digunakan untuk mencurahkan air pada pokok bunga, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

peserta pertandingan dan para tetamu

KEPUTUSAN PENUH

Sekolah Rendah
1. Bercerita Sains
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Kota Tinggi
    Ketiga : Kulaijaya

2. Eureeka Ree
    Johan : Muar
    Naib Johan : Pontian
    Ketiga : Kota Tinggi

3. Saintis Muda
    Johan : Kota Tinggi
    Naib Johan : Batu Pahat
    Ketiga : Muar

Sekolah Menengah
1. Saintis Muda
    Johan : Segamat
    Naib Johan : Kluang
    Ketiga : Muar

2. Teknologi Pelancaran Roket
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Mersing
    Ketiga : Kota Pasir Gudang

3. Solar Car
    Johan : Johor Bahru
    Naib Johan : Kulaijaya
    Ketiga : Pasir Gudang

4. Solar Boat
    Johan : Pasir Gudang
    Naib Johan : Muar
    Ketiga : Batu Pahat

5. Cooking With Nature
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Mersing
    Ketiga : Segamat

ANUGERAH INOVASI (Kumpulan)
    Johan : Segamat
    Naib Johan : Segamat
    Ketiga : Batu Pahat

ANUGERAH INOVASI (Individu)
    Johan : Segamat (Anisya Natasha Kamarudin)
    Naib Johan : Pasir Gudang
    Ketiga : Kluang

PERTUNJUKAN SAINS
    Johan : Kota Tinggi
    Naib Johan : Batu Pahat
    Ketiga : Kulaijaya

JOHAN KESELURUHAN
FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
NEGERI JOHOR
- Daerah Batu Pahat

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ