KULAIJAYA : 18 April 2013 SMK Kota Kulai
Pengakap SMK Bandar Tenggara - Johan NGO (lelaki) |
Kadet Polis (P) - tempat ke-tiga |
Hazira Shamsul Ihtihsham, Ketua platun terbaik NGO (P) |
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah mencipta rekod pada tahun ini apabila ketiga-tiga ketua platun yang bertanding iaitu Pengakap (putera) diketuai oleh Farid Izzudin Zulkifli, Kadet Polis (puteri); Nur Shahira Mohd Ariffin dan Pandu Puteri; Hazira Shamsul Ihtihsham telah dinobatkan sebagai ketua platun terbaik peringkat daerah Kulaijaya.
SMK Kota Kulai menampilkan dua ketua platun terbaik KRS (putera dan puteri) iaitu Al Husriff Arjuna dan Nurul Ain Abdullah manakala Liew Zhoo Ting ketua platun terbaik Agensi Kerajaan (L) daripada pasukan Kadet Bomba, SMK Senai.
Pertandingan kawad kaki tahun ini mendapat sambutan baik daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya. Seramai 1435 orang murid telah turut bertanding dalam tiga kategori iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Agensi Kerajaan (GO) dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO). Secara keseluruhannya sebanyak 41 pasukan telah mengambil bahagian, 24 daripadanya ialah pasukan puteri.
Penolong Pegawai Pelajaran, Elanggovan a/l M. Savarimuthu wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, telah menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kulaijaya 2013.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan syabas kepada yang belum berjaya. Katanya lagi, ucapan tahniah dan terima kasih juga diberikan kepada Pengetua SMK Kota Kulai, Rahmah Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum Bahrin Omar serta jawatankuasanya yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan rapi bagi menjayakan pertandingan kawad kaki kali ini. Begitu juga kepada semua jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Penyelia Unit Pakaian Beruniform, Johan Nasir.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Harapan beliau, semangat juang yang tinggi, berdisiplin, patuh kepada arahan ketua dan semangat bekerja dalam pasukan perlu diteruskan agar jati diri seseorang individu itu semakin mantap. Kawad kaki merupakan latihan terbaik dalam membina insan yang harmonis, cekap dan berwawasan.
SMK BANDAR TENGGARA
Sebanyak 3 pasukan beruniform telah menyertai pertandingan iaitu:-
1. Pasukan pengakap - tempat pertama NGO (L)
2. Kadet Polis - tempat ketiga GO (P)
3. Pandu Puteri - saguhati
Ketiga-tiga ketua platun dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik daerah Kulaijaya.
Link ke Laman Blog Kawad Kaki Kulaijaya
Muat turun : KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2013
1 comment:
wah...tahniah b.t!!!!
Post a Comment