29 April 2012: Gabungan DUN Panti, DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara
Pasukan Kompang SMK Bandar Tenggara |
Penduduk Bandar Tenggara, pasti amat bertuah dengan kunjungan ADUN
PANTI, YB Dato' Haji Baderi bin HJ Dasuki dalam program Karnival Perpaduan
Mesra Rakyat yang diadakan di perkarangan gelanggang tenis KEJORA. Beliau turut
menyeru orang ramai agar bersatu padu demi kesejahteraan dan kestabilan negara.
Dalam kunjungan ke Bandar Tenggara ini, beliau melawat ke lokasi pertandingan antara DUN Panti, DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara di padang dan gelanggang serbaguna SMK Bandar Tenggara. Antaranya ialah bola sepak (berkait batik), futsal padang, bola jaring dan polo basikal.
GPK Kokurikulum, Ahmad Survi ditemui berkata semua acara berjalan dengan lancar dan berjaya. Katanya lagi, pertandingan-pertandingan tersebut mendapat kerjasama daripada para hakim pertandingan futsal, Khairulnisa Nashuri dan Mod Pozi Kemin, bola sepak, Halim Rahman dan polo basikal, Aidil Shamin Abd Razak.

Karnival Perpaduan Mesra Rakyat ini diisi dengan
pelbagai aktiviti umpamanya J. Robik, persembahan kawad kaki oleh Sekolah
Rendah Bandar Tenggara 1, Kadet Polis (puteri) SMK Bandar Tenggara 2, kompang berirama,
sukanika, nyanyian karaoke, ramah mesra dengan cabutan bertuah.
JK Pengelola |
No comments:
Post a Comment