21 February, 2012

PERJUMPAAN PROFESIONALISME PPDKULAI

21 Februari 2012 : MENERIMA KUNJUNGAN 16 ORANG PENGETUA DAN 56 GURU BESAR

 
Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Hj Fauzan Sukimi disambut oleh pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim setibanya di pintu masuk SMK Bandar Tenggara pagi tadi. Turut meraikan ketibaan tuan PPD ialah pengetua SMK Sri Pinang, Tn Hj Aminuddin Mohd. Sani; GPK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib; GPK HEM. Rashid Muhidin dan guru-guru tingkatan enam.

Acara sambutan dimulakan dengan paluan kompang dari pasukan kompang sekolah. Manakala pelajar-pelajar pra-universiti berdiri di kiri dan kanan jalan mengucapkan selamat datang tuan.

Lawatan pertama beliau ke gelanggang serbaguna untuk menyaksikan permainan polo basikal dari jarak dekat. Beliau menerima penjelasan dari GPK Kokurikulum, Ahmad Survi tentang sukan baru yang telah diperkenalkan di sekolah ini semenjak tahun 2004.

 Persembahan seni silat oleh 11 pelajar dari pasukan silat sekolah memulakan pembukaan gelanggang. Azroy selaku ketua menutup salam sembah kepada PPD.

Tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar tingkatan 6 dan tetamu yang hadir memberi pengiktirafan kepada  pasukan kawad kaki SK Bandar Tenggara 1. Sememangnya kejuaraan yang disandang selama 3 kali di peringkat kebangsaan membuktikan pasukan pengakap sekolah tersebut sememangnya hebat. Tahniah kepada Guru Besar, Yusof Hussein yang turut melihat anak muridnya membuat persembahan. Begitu juga GPK Kokurikulum, Hj Md Noor  dan Salam selaku guru pembimbing, peneraju kejayaan anak muridnya.

Seterusnya kompang formasi meneruskan persembahan. Pasukan di bawah bimbingan Pn Leha yang menjadi juara dalam pertandingan kompang fomasi peringkat negeri Johor.

Pengetua Sri Pinang, Tn Hj Aminuddin Mohd Sani; PPD Kulaijaya, Hj Fauzan Sukimi dan
Pengetua SMK Bandar Tenggara , Hj Mohmad Hashim


Pasukan Silat Sekolah

Persembahan Kawad Kaki
SK Bandar Tenggara 1

Persembahan Kompang Formasi

Persembahan Sukan Polo Basikal
SMK Bandar Tenggara

Menunggu ketibaan PPD Kulaijaya
Pasukan Kompang SMKBT
Paramusaji SMKBT di bawah bimbingan
Pn Mahani Parmin

Majlis sambutan ringkas yang disusun oleh GPK Pentadbiran, Anim Mohd Jaib berakhir apabila sahaja PPD Kulaijaya masuk ke Bilik Seminar untuk bermesyurat.

Aturcara Majlis

7.00 pagi
Pendaftaran

8.00 pagi
Ketibaan Tuan PPD Kulaijaya
Lawatan Demonstrasi Polo Basikal - Kelab Polo Basikal
Persembahan Silat - Pesilat SMKBT
Persembahan Kawad Formasi- SMK Bandar Tenggara

Minum pagi

9.00 pagi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Didik, Kualiti Jaya
Bacaan Doa

Ucapan Aluan Pengetua
SMK Bandar Tenggara

Pembentangan Laporan:
1. Unit Pengurusan SPK
2. Unit Pengurusan Akademik
3. Unit Pengurusan Sekolah
4. Unit Pengurusan Kualiti
5. Unit Pengurusan Kualiti
6. Unit Psikologi dan Kaunseling

11.00 pagi
Ucapan En Shahat Bin Md Shah
Timbalan PPD

11.15 pagi
Ucapan Penggulungan dan Perasmian Penutup
Tn Hj Fauzan Bin Sukimi
PPD Kuilaijaya

Penyampaian Sijil

1.30 petang
Jamuan
Bersurai.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ