Kerjasama antara Bidang Sains Sosial dan Kemasyarakatan serta Panitia Sejarah Sekolah ini di bawah pimpinan Iskandarrani Mohamad dan Rohidah Othman serta jawatankuasanya telah berjaya menyahut seruan kerajaan apabila berjaya membuat Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan Permata pagi ini.
Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh En Zainal bin Othman, Pengetua SMK Bandar Tenggara diiringi oleh Puan Hajjah Muzayanah Sumrah, GPK Hal Ehwal Murid. Pelancaran itu disaksikan oleh 970 orang yang terdiri daripada murid, pelajar dan guru-guru sekolah ini.
Tentatif Program:-
7.20 pagi - Guru dan pelajar berhimpun di Dewan Permata
- Nyanyian Lagu Negeri Johor
- Nyanyan Lagu Sekolah
- Ikrar Pelajar
- Bacaan Doa
- Laporan guru bertugas
- Ucapan GPK HEM
- Ucapan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
- Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
- Nyanyian Lagu Satu Malaysia
- Nyanyian Lagu Negaraku
8.50 pagi - Majlis ditamatkan dan pelajar ke kelas masing-masing untuk P/P.
"Tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi" kata pengetua. Dalam ucapannya, beliau juga menyeru kepada warga sekolah tentang betapa pentingnya mengingati dan menghayati bulan kemerdekaan walaupun disambut pada bulan Ramadan tahun ini.Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Sekolah di bawah bimbingan Idris bin Yaman.
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Satu Malaysia
Penyelaras program Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Pn Rohidah Othman bersama GPK PraUniversiti SMK Bandar Tenggara
Sejarah Malaysia
Penubuhan Malaysia: Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.
Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia
Tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Pada 31 Ogos setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan Malaysia disambut bagi menandakan negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.
No comments:
Post a Comment