Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) dan Majlis Penyampaian Jalur Gemilang, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wisma JKKMBT pada 23 Ogos 2010 bermula pada jam 9.30 malam.
Tuan Haji Amir bin Hj Kasman, Pengerusi mesyuarat telah membentangkan program terdekat kepada ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan KEJORA, Balai Polis Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 1 & 2, SMK Sri Pinang, SM Agama, pengerusi-pengerusi Zon, Masjid Al Husna dan pejabat-pejabat ADUN serta ahli-ahli JKKMBT.
Program 4 dalam satu, Solat Hajat Perdana, Tadarus Al- Quran, Penyampaian Bantuan Anak Yatim dan Kesyukuran Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 akan diadakan di Masjid Al Husna Bandar Tenggara pada 31 Ogos 2010 hari Selasa bermula pada jam 3.45 petang.
Pengerusi juga membahagikan bidang-bidang tugas kepada jawatankuasa iaitu Tadarus dan Khatam Al Quran dikendalikan oleh SMK Bandar Tenggara 2, Bandar Tenggara dan Helwani bahagian jamuan, KEJORA bahagian persiapan tempat, JKKMBT bahagian protokol, Balai Polis bahagian keselamatan, Zon-zon bahagian penyambut tetamu, Klinik Kesihatan bahagian kecemasan.
Pengerusi juga ada menyebutkan di bawah Program Tadarus dan Khatam Al Quran di mana Juzuk 1 hingga 7 diberikan kepada SMK BT2, Juzuk 8 – 15 SMK Agama, Juzuk 16-22 – SMK Sri Pinang dan Juzuk 23 – 30 dibacakan oleh pelajar-pelajar SMK Bandar Tenggara. Bilangan pelajar setiap juzuk dianggarkan seramai 7 hingga 10 orang.
Majlis diakhiri dengan penyampaian Jalur Gemilang dan mesyuarat itu ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
Ahmad Survi wakil Pengetua SMK Bandar Tenggara menerima bungkusan Jalur Gemilang malam tadi.
No comments:
Post a Comment