03 September, 2014

JOHAN KATEGORI PERAGAAN FESYEN PERINGKAT NEGERI JOHOR SEMPENA KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS 2014

3 Sept 2014 : Karnival Kesenian P.Negeri Johor

Majlis penyampaiah hadiah
Foto oleh Mohd Hasry Mustakim
Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor, diadakan di Pusat Latihan Rekreasi Felcra TebingTinggi, Segamat dengan bermatlamatkan untuk membantu murid berkeperluan Pendidikan Khas menghargai dan menguasai kemahiran kesenian dan kraftangan, selain meningkatkan ketrampilan murid disamping memberi ruang kepada masyarakat untuk bersama pelajar dalam suatu komuniti yang lebih luas.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datin Ariyani Abdullah, isteri Yang Berhormat Datuk Ayub Rahmat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Md Amin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Negeri Johor, En MAsnawi Shamsudin, PPPD PendidikanKhas danPemulihan PPD Segamat, Encik Mohd Mustakim Umar, Pengurus Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, dan lain-lain tetamu.

En. Mohd Hasry Mustakim ditemui berkata, program ini mempunyai objektif penting, antaranya ialah memupuk semangat kerjasama, persaudaraan, muhibbah dan berdisiplin. Keduanya memperkembangkan bakat dan potensi untuk menjana idea kreatif dan inovatif murid Pendidikan Khas dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sebanyak lima jenis kategori dipertandingkan di peringkat Negeri Johor iaitu pertandingan tarian, nyanyian solo, anyaman bakul, mewarna batik dan pertandingan peragaan fesyen. Katanya lagi, Najeeha binti Ajwa  muncul johan kategori peragaan fesyen down sindrom dan Nur Natasha peserta tarian Kulaijaya juga muncul johan di peringkat negeri Johor. 

Peserta Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara
Foto oleh En. Mohd Hasry Mustakim

Johan tarian - Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya
Guru-guru Pendidikan Khas dan pembantu dari SMK Bandar Tenggara
1. En. Mohd Hasry bin Mustakim
2. En Khairul Aimie Mohd Termizi
3. Pn Khairani binti Hamdan
4. Pn. Noraina binti A.Samad
5. En Nurul Faishal bin Abd Ghani
6. Pn. Khairani binti Sapawi

Pembantu
1. Sahira Haryati Sairi
2. Pn. Siti Nurfadhilah binti Zakaria

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ