Sampai di Felda Belitong, Kluang |
Kayuhan Rayaton II bermula pagi tadi dari R&R Bandar Tenggara ke Felda Ulu Belitong sejauh lebih kurang 42 kilometer mengikut jalanraya utama Kulaijaya- Kluang.
Kayuhan kali ini melibatkan seramai 19 orang rider yang terdiri daripada guru-guru SMK Bandar Tenggara, rakan-rakan rider dari Taman Anggerik, dan Felda Bukit Ramun. Peserta termuda kali ini iaitu Muhammad Nabil Wafin Zamri, 11 tahun dari SK Bandar Tenggara berjaya menamatkan kayuhan dengan cemerlang.
Muhammad Nabil Wafin Zamri, peserta termuda dari SK BAndar Tenggara 2 |
Zamri Asri, ketua kepada Bandar Tenggara Cycling Team (BTCT) ditemui berkata program ini berjaya diadakan buat kali keduanya apabila mendapat sambutan dari kalangan rider-rider sekitar Bandar Tenggara. Selepas itu semua rider berkunjung ke rumah Rajuan Geoh untuk berhari raya di Bandar Tenggara.
Kayuhan kali ini melibatkan seorang peserta wanita iaitu Ainnurulhuda Rusli, Persatuan Lumba Basikal Johor (PLBJ) berasal dari Felda Ulu Belitong, Kluang yang kini sedang menjalani latihan untuk ke pertandingan MTB di Sabah minggu hadapan.
Peserta Kayuhan Rayaton II kali ini terdiri daripada guru-guru SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi, Abd Razak Saat dan Aidil Shamin Abd Razak, manakala 2 orang murid sekolah yang sama iaitu Muhammad Hasrul Zulkefli dan Muhammad Fikri Mohd Zulkifli.
Md Amin Samad, Tukimin Ahad, Razali Abdullah, Abd Razak, Jali Bon, Rajuan Geoh dan Ahmad Survi berhenti rehat di jambatan Sungai Ulu Pengeli |
Ain ditemani oleh suaminya, Junaidi Rafar |
Cikgu Aidil bersama rakan-rakan rider menikmati juadah di rumah Rajuan Geoh, Bandar Tenggara |
Manakala yang lain-lain adalah rider-rider dari Taman Anggerik iaitu Zamri Asri (ketua kayuhan), Tukimin Ahad, Mohd Zam Zainal Abidin, Sulaiman Satari, Md Amin Samad, Razali Abdullah dan Man Rajuan Geoh dari Bandar Tenggara, Jali Bon dari Felda Bukit Ramun, serta Ainnurulhadi Rusli dan Junaidi Rafar. dari Felda Ulu Belitong, Kluang.
No comments:
Post a Comment