17 Julai 2014 : Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
|
Tuan Kadi Kota Tinggi |
Majlis pembudayaan al-Quran yang dirancang oleh Pengurusan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, menurut Encik Rashid bin Muhidin berjalan seperti biasa. Katanya lagi, peningkatan ilmu dan kefahaman tentang Islam amat penting untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Pengerusi majlis pembudayaan al-Quran tersebut dikendalikan oleh Ustaz A. Rahim bin Arshad, imam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.
Tuan Haji Mohamad Fauzi bin Bachok, dari Pejabat Agama Islam Kota Tinggi mengupas secara ringkas berkaitan dengan kepentingan bulan ramadan dan mukjizat al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi ikutan seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Zaharah binti Mohd Jani, Pengetua, Puan Anim binti Mohamed Jaib, Penolonga Kanan Pentadbiran, Encik Rashid bin Muhidin, Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua bidang, guru kaunselor dan semua murid dan pelajar.
|
Pengetua menyampaikaan cenderama
selepas majlis ceramah. |
|
Encik Rashid Muhidin bersama Tuan Kadi Kota Tinggi |
|
Guru lelaki |
|
Guru-guru perempuan dan pelajar |
|
Guru kaunselor |
|
Guru lelaki danpelajar |
|
Pelajar Prauniversiti |
No comments:
Post a Comment