17 Jun 2012: BTec (Bandar Tenggara Cycling Club) - Kayuhan Santai
Pengerusi BTec, Khairulnizam Mohd Yusof, ditemui berkata kayuhan berbasikal sejauh 48 kilometer pergi balik dari Kolej Komuniti ke Felda Bukit Ramun pada hari cuti minggu ini mendapat sambutan yang baik dari warga SMK Bandar Tenggara dan ibu bapa. Seramai 25 orang telah terlibat. Persingahan pertama ialah di Felda Sungai Sayong, manakala kedua ialah di simpang Kota Tinggi Bukit Ramun.
Guru baru SMK Bandar Tenggara, Munirah Md Sidek dan Hanifatiza Mohd Yusoff walau pun kali pertama mereka terlibat dalam kayuhan berbasikal sejauh ini, mereka telah berjaya menamatkan kayuhan dan masih dapat melemparkan senyuman ketika sampai ke Kolej Komuniti.
Matlamat dan objektif kayuhan ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mental serta mengiratkan lagi ikatan siraturrahim yang sedia terjalin di antara guru, murid dan ibu bapa. Di samping itu juga meningkatkan motivasi diri ke arah yang lebih baik dengan melakukan aktiviti riadah. Badan sihat minda cergas menjadi objektif kayuhan kami.
Kayuhan ini juga disertai oleh seorang murid Pendidikan Khas, Nasrulhadi Ses yang menuggang basikal fiksi. yang telah diubahsuai untuk kayuhan di jalan raya (on road). Katanya, saya akan bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal jika diberi peluang.
Peserta kayuhan;
Abd Razak Saat, Man Rajuan Geoh, M.Nurhazman Lokman, Ahmad Survi, Khairulnizam Mohd Yusof, Aidil Shamin Abd Razak, Ahmad Nazri Selamat, Hasry Mustakim, Hakim Azman, Muhd Akmal Masral, Nasrulhadi Ses (pendidikan khas), Sudarma Dugal, Natra Mohd, Salmah Othman, Nur Izzati Husna Rosli, Munirah Md Sidek, Hanifatiza Mohd Yusoff, Man Pengeli, Rohaya dan anaknya, Anili Fasha Mahadi dan Siti Hanizan Samsuri. Suriati Alias bertugas sebagai marshall berkenderaan.

No comments:
Post a Comment