28 Mei 2012 : Pengiktirafan oleh PPD Kulaijaya
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Haji Maulizan Bujang, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Tokoh Kepimpinan, Tuan Haji Ahmad Bakhtiar Md Dan dan Tokoh Guru 2012, Puah Hjh Kalthum Hj Jeran sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kulaijaya pada 25 Mei 2012 di Dewan Raya, Majlis Daerah Kulaijaya.
Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara; Ahmad Survi telah menerima Anugerah Guru Aktif Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2012. Manakala penerima Anugerah Kepimpinan ICT, Pn Hjh Khadijah Mohamad, Anugerah Kepimpinan Sukan, Zainal Mohd Diah, Anugerah Guru Inovatif, Suhaimi Shaarani dan Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Abd Rahman Mohamed..
Beliau ketika ditemui berkata, martabat sekolah perlu dijaga, dipelihara dan digilap agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha seperti ini bukan usaha seseorang individu sahaja. Katanya lagi, penglibatan semua pihak bermula dari pengetua, penolong kanan, guru, murid dan pelajar serta ibu bapa memainkan peranan penting kepada sesuatu kejayaan.
Sebagai seorang pengurus di bidang kokurikulum beliau sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada guru-guru untuk memastikan semua aktiviti dan penglibatan pelajar terurus dengan baik. Pengiktirafan juga perlu diberikan kepada guru dan pelajar yang berusaha dalam meningkatkan kejayaan sekolah. Kejayaan baginya perkara kedua, penglibatan pelajar yang dirancang oleh guru menjadi perkara utama dalam proses pembinaan insan. Akhirnya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas pengiktirafan ini sehingga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mencapai beberapa kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Pencapaian Sekolah Tahun 2012 :
JOHAN
1. Kejohanan Polo Basikal Peringkat Daerah Kulaijaya Kali Pertama.
2. Pertandingan Kawad Kaki Agensi Kerajaan (Perempuan).
3. Pertandingan Badminton Sempena Hari Guru.
4. Pertandingan Kompang Formasi.
5. Menerima Anugerah Unit Sekolah Teraktif ARP Rakan Muda Peringkat Negeri Johor
Laman Blog yang dibina oleh Penolong Kanan Kokurikulum, SMKBT, antaranya ialah untuk menyampaikan maklumat terkini, perkongsian idea, sumber rujukan dan rekod pencapaian bidang kokurikulum, di mana murid/pelajar, guru dan kakitangan sekolah terlibat. Kunjungilah laman blog di bawah :-
1. Blog Pengurusan Kokurikulum
2. Blog Kelab Polo Basikal
3. Blog Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
4. Blog Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSSD) Daerah Kulaijaya.
5. Blog Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kulaijaya.
Untuk makluman semua warga SMK Bandar Tenggara, jumlah tertinggi kunjungan laman blog Pengurusan Kokurikulum, setakat berita ini dimuatkan ialah 14,332 orang.

No comments:
Post a Comment