Bandar Tenggara : 9 Januari 2012
"Masa depan adalah hari ini, bukan hari esok" kata pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim. "Perancangan masa hadapan bermula pada hari ini, jika tidak anda merancang untuk kegagalan", tambah beliau lagi.
Setiap kali perhimpunan mingguan, pelajar berikrar untuk mematuhi peraturan sekolah, menjaga nama baik sekolah dan mencapai kecemerlangan di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pelajar juga dikehendaki menyemak Buku Peraturan Sekolah bila mana peraturan ini dibacakan. Buku Peraturan Sekolah diwajibkan untuk dibawa pada hari Isnin menurut kata guru disiplin, Shamsul Ihtihsham Musa.
Perhimpunan yang dihadiri oleh 700 orang murid dan 80 orang guru di Dewan Permata ini menjadi satu kewajipan kepada semua warga SMKBT untuk hadir dan mendengarnya.
Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Catatan:
Maklumat dari GPK Pentadbiran
1. Hari Diskusi akan berlangsung pada Hari Jumaat, 13 Januari 2012.
2. Program pembudayaan Al Quran berjalan seperti biasa, 7.30 -8.30 pagi.
3. Jawatankuasa MBBMMBI dan guru-guru yang mengajar Sains dan Sains Tulen dikehendaki menghadiri mesyuarat pada petang ini, jam 3.00.
Maklumat dari GPK Hal Ehwal Murid
1. Sistem Maklumat Murid (SMM) - mesyuarat pada 12 Januari 2012, jam 3.00 petang.
Maklumat dari GPK Kokurikulum (melalui perbincangan sebelum ini)
1. Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah (MSS) dan ketua-ketua sukan permainan 1Murid 1 Sukan, tarikh 12 Januari 2012, jam 4.00 petang.
Bacaan Ikrar Pelajar
"Masa depan adalah hari ini, bukan hari esok" kata pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim. "Perancangan masa hadapan bermula pada hari ini, jika tidak anda merancang untuk kegagalan", tambah beliau lagi.
Setiap kali perhimpunan mingguan, pelajar berikrar untuk mematuhi peraturan sekolah, menjaga nama baik sekolah dan mencapai kecemerlangan di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pelajar juga dikehendaki menyemak Buku Peraturan Sekolah bila mana peraturan ini dibacakan. Buku Peraturan Sekolah diwajibkan untuk dibawa pada hari Isnin menurut kata guru disiplin, Shamsul Ihtihsham Musa.
Perhimpunan yang dihadiri oleh 700 orang murid dan 80 orang guru di Dewan Permata ini menjadi satu kewajipan kepada semua warga SMKBT untuk hadir dan mendengarnya.
Ikrar Pelajar.
Ucapan ringkas oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, antaranya ialah memaklumkan bahawa setiap minggu ada kelas yang bertugas. Minggu ini giliran Tingkatan 2 Delima. Antara tugasnya ialah menyedia dan menyusun kerusi untuk perhimpunan mingguan, mengemas tikar untuk majlis pembudayaan Al Quran setiap hari Jumaat dan memastikan kebersihan dewan dalam keadaan sempurna.Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku.