Seramai 4 pelajar Tingkatan 6 Bawah (PraUniversiti) telah terpilih menyertai Pertandingan Best Practice Peringkat Daerah Kulai dan Kota Tinggi. Pertandingan ini diadakan di Dewan Besar, Bandar Mas, Kota Tinggi Johor pada 6 Oktober 2010.
Pasukan sekolah yang diketuai oleh Muhamad Al Mu'izz b. Omar (6B Delima) Rakan sepasukannya ialah Mohd Azhar b. Sarib (6B Baiduri), Nurhayatti bte Mahmoda (6B Delima) dan Julia bte A. Rahim.
Guru pembimbing ialah En Shahfudin bin Hussin (tengah) ialah seorang guru matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Menurut Guru Bimbingan & Kaunseling, Tn Hj Khairuddin b. Abu Nawas, SMK Bandar Tenggara telah berjaya menjadi Johan pertandingan itu dan akan mewakili daerah Kulaijaya ke pertandingan peringkat Negeri pada 16 Oktober 2010 di Johor Bahru.
Kami warga SMK Bandar Tenggara turut berbangga di atas kejayaan itu. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
GPK Pentadbiran, Puan Anim binti Mohamed Jaib turut serta memberikan semangat dan perangsang kepada peserta projek.
No comments:
Post a Comment