31 Mac 2014 : Dewan Permata
Tuan Haji Armas Derusman, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menyampaikan ucapan perpisahan kepada semua warga sekolah di Dewan Permata petang tadi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah semua penolong kanan, semua guru kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili guru-guru menyampaikan ucapan perpisahan ditujukan khas kepada pengetua yang akan bertugas di sekolah barunya iaitu SMK Dato' Sulaiman, Batu Pahat. Dalam ucapan beliau, banyak perubahan yang dibawa oleh pengetua, antaranya ialah perubahan kepada slogan sekolah "Sekolahku Cemerlang" kepada "Sekolahku Gemilang".
Katanya lagi perubahan itulah menjadi pencetus kepada kejayaan sekolah. Dalam bidang akademik kejayaan cemerlang dicapai dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM). Di bidang sahsiah dan disiplin pelajar, meningkat ke arah yang lebih baik dan terkawal. Pembudayaan Al Qur'an dan solat hajat berterusan di adakan setiap minggu.
Di bidang kokurikulum juga, beliau pencetus idea sehingga pencapaian Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya sama ada Aliran Perdana dan Pendidikan Khas meningkat pada kedudukan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ucapan Rashid Mudidin diakhiri dengan pantun dan semua warga sekolah mengucapkan " Selamat bertugas di sekolah baru". Terima kasih cikgu.
Link kepada :-
1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).
4. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya
5. Aktiviti Bersama Kominiti - Pelajar Prauniversiti..
6. Mesyuarat Agung PIBG
7. Kepimpinan Rakan Muda Malaysia
8. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
9. Mempromosi Sukan Baru Peringkat Daerah
10. Peringkat Antarabangsa
![]() |
| Ucapan perpisahan |
Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili guru-guru menyampaikan ucapan perpisahan ditujukan khas kepada pengetua yang akan bertugas di sekolah barunya iaitu SMK Dato' Sulaiman, Batu Pahat. Dalam ucapan beliau, banyak perubahan yang dibawa oleh pengetua, antaranya ialah perubahan kepada slogan sekolah "Sekolahku Cemerlang" kepada "Sekolahku Gemilang".
![]() |
| Majlis perpisahan pengetua, Tuan Hj Armas Derusman |