Ucapan Minggu Ketiga- Pengurusan Kokurikulum
Yang Berusaha, Pengetua SMK Bandar Tenggara
Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati, Penolong Kanan Tingkatan Enam
Yang dihormati, Guru-guru Kanan Matapelajaran
Yang dihormati, Guru Media dan Perpustakaan
Yang dihormati, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Yang dihormati Guru Bimbingan dan Kaunseling
Yang dihormati, semua guru
Yang dikasihi, murid dan pelajar
Pertamanya, saya mewakili semua warga sekolah ini ingin mengucapkan selamat datang kepada pengetua baru. Kami telah menunggu dari bulan Mac, selepas persaraan En Zainal Othman. Semoga dengan kehadiran pengetua, kita dapat meneruskan lagi kecemerlangan sekolah ini dari segi akademik dan kokurikulum.
Selaku Penolong Kanan Kokurikulum, laporan pertama yang saya bentangkan ialah mengenai tiga elemen penting iaitu Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab dan Sukan dan Permainan.
Penyelaras Badan Beruniform ialah En Khairulnizam
Banyak kejayaan yang dicapai tahun ini ;-
1. Pertandingan Pasukan Badan Beruniform
Naib Johan - Kadet Remaja Sekolah, di bawah bimbingan En Aidil Shamin bin Abd Razak dan Cik Anne Suraya binti Abd Halim.
Naib Johan - Pasukan Kadet Polis, di bawah bimbingan, En Shahfudin bin Hussein dan Pn Azlina binti Abu Bakar dan jawatankuasanya.
Naib Johan - Pengakap, di bawah bimbingan En Mohd Pozi bin Kemin dan En Saifulah bin Abd Wahab dan jawatankuasanya.
Tempat ketiga - Pandu Puteri, di bawah bimbingan Pn Noraishah binti Tarni dan jawatankuasanya.
Pasukan Badan Beruniform juga telah membuat perkhemahan bersepadu di bawah unit-unit Pasukan Beruniform pada bulan April 2011 di Pusat Latihan SAJ, Masai.
Manakala, Penyelaras Sukan dan Permainan diketuai oleh En Idris bin Yaman.
Banyak juga kejayaan yang diperolehi.
Pasukan Kompang Sekolah telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kompang Formasi peringkat daerah Kulaijaya.
Penyelaras, Sukan dan Permainan diketuai oleh En Ahmad Nazri bin Selamat
Karnival Sukan dan Permainan telah dilaksanakan sepanjang satu bulan yang lepas. Permainan yang terlibat ialah Bola Baling, Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Tampar.
Di bidang Sukan untuk semua, dikendalikan oleh Setia Sukan, En Saipi bin Halidin. Antara aktiviti yang sudak berlangsung ialah :-
Pertama - Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulai
Kita hanya berjaya mendapat tempat ke- 13 daripada 16 buah sekolah.
Memperolehi 1 emas 4 Perak.
Kedua - Kita berjaya mengadakan Larian Perdana Mahkota pada bulan Februari.
Ketiga - Kita juga telah berjaya mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-19 pada 30 Jun 2011 di Stadium Tenggara.
Keputusan:
Pertama - Rumah Lekir memperolehi 11 Emas 8 Perak 6 Gangsa
Kedua - Tuah memperolehi6 Emas 6 Perak 8 Gangsa
Ketiga - Kasturi memperolehi 5 Emas, 8 Perak 5 Gangsa
Keempat - Jebat memperolehi 4 Emas, 4 Perak dan 7 Gangsa
Keempat, kita juga telah berjaya menganjurkan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 Julai 2011.
VIP yang hadir ialah SI Yusoff, Ketua Balai Polis Bandar Tenggara.
Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengingatkan pelajar, buku kokurikulum hendaklah dilengkapkan. Guru tingkatan akan membuat penilaian 10% markah kokurikulum. Harap mendapat perhatian dan mesti diambil tindakan.
Pada hari Rabu ini, 13 Julai 2011 aktiviti kokurikulum ditangguhkan.
Tetapi semua peserta gangsa dan perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dikehendaki hadir dan membawa buku diary gangsa dan perak masing-masing.
Untuk makluman semua, pada Hari Selasa 12 Julai 2011, akan berlangsungnya satu kursus peringkat negeri Johor iaitu seramai 250 peserta akan berada di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.
Tajuk kursus itu ialah Kursus Guru Penasihat Kelab Berasaskan Sukan Sekolah, Untuk Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri Johor.
VIP yang akan datang ialah Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En Abd Aziz bin Redwan dan PPD Kulaijaya, Tuan Haji Bahrom bin Ali.
Sekian terima kasih. Selamat Maju Jaya.