Kulaijaya: 15 November 2011
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Banon SH Abdullah Bajrai menempah sejarah dalam hidupnya apabila bersara pada hari ini. Beliau ditemui berkata, saya seronok bertugas di sekolah ini. Tambahnya lagi, kejayaan cemerlang sekolah ini melalui sembilan anugerah kualiti pendidikan yang diterima daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Fauzan Sukimi membuktikan bahawa semangat bekerja secara berpasukan perlu diiteruskan. "Hasilnya sekolah ini berjaya menerima anugerah khas PPD kerana menjadi sekolah menengah terbaik kategori bukan sekolah kawalan 2010," katanya bangga.
Banon berasal dari Batu Pahat, Johor dan dilahirkan pada 16 November 1955 pernah belajar di dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pelangi dan SK Pengaram, Batu Pahat. Manakala mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, Batu Pahat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Pemegang Ijazah dari Universiti Malaya (UM) dalam bidang sastera telah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sepanjang perkhidmatannya. Dua cahaya mata kembarnya sedang menuntut di Universiti Sains Jordan dan Universiti Petronas Malaysia. Anak sulungnya, Siti Hajar Nasir bertugas sebagai seorang doktor gigi dan Siti Hana Nasir sebagai pensyarah kolej.
Turut hadir dalam majlis ringkas saat-saat menamatkan kerjayanya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di SMK Bandar Tenggara ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,Sekolah, Zolkeple Jemadar, kakitangan sekolah, Rosidah Ali, Nur Izziana Othman,Sadhana Mohd Yusoff, Rohaidah Mohd Salleh dan wakil pekerja, Abd Rahim.

Menandatangi plak 30 tahun sekolah ini ditubuhkan.
15 November 2011, jam 5.00 petang -
bersejarah buat pengetua.
bersejarah buat pengetua.