MENU UTAMA

19 December, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 CEMERLANG

19 Disember 2013 - Keputusan PMR 2013 diumumkan hari ini.

Tuan Hj Armas Derusman, mengumumkan keputusan
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013
Tuan Haji Armas Derusman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengumumkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Dewan Permata pagi ini.

Beliau bergembira dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada anak-anak muridnya dan guru-guru matapelajaran kerana membawa kejayaan cemerlang kepada sekolah. Peningkatan sebanyak 11.73 peratus menjadikan peratus pencapaian PMR 2013 kepada 82.17 % berbanding 70.43 % tahun lalu. Dari segi GPS (Gred Purata Sekolah), peningkatan sebanyak 0.01 daripada 2.73 kepada 2.72 tahun ini.

Penyampaian keputusan PMR
Pengetua menyerahan keputusan peperiksaan PMR 2013 kepada Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Noorkiah Ahmad, Penyelaras PMR, Hjh Hamimah Yunos dan Hjh Hasnah, Guru Kanan Matapelajaran SMK Bandar Tenggara.

Murid cemerlang PMR 2013,  bersama Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran dan
Tn Hj Armas Derusman, pengetua sekolah.
Seramai 4 orang calon mendapat 7A 1B, 2 calon memperolehi 6A 2B, 4 calon 5A 3B, 4 calon 4A 4B dan yang lain-lainnya lulus dengan pencapaian masing-masing. Mereka yang cemerlang tahun ini ialah Muhibbudin Mohammad, Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid, Nur Hazilah Roslan dan Nurul Nadia Jamaludin. 


Setiausaha peperiksaan sekolah
Hj Saifullah Abd Wahab ditemui berkata, dari segi pencapaian mengikut gred purata matapelajaran (GPMP), subjek Bahasa Melayu (GPMP 1.95), 28 calon mendapat A, Bahasa Inggeris (GPMP 3.29), 5 calon mendapat A, Sejarah (GPMP 2.81), 10 calon mendapat A, Geografi (GPMP 2.91), 14 calon mendapat A, Pendidikan Islam (GPMP 2.38), 21 calon mendapat A, Matematik (GPMP 3.02), 17 calon mendapat A, Sains (GPMP 3.04), 15 calon mendapat A, Kemahiran Hidup 1 (GPMP 2.00), 17 calon mendapat A dan Kemahiran Hidup 2(GPMP 2.60), 15 calon mendapat A.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran; Ahmad Survi, PK Kokurikulum; PK Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan, PK Prauniversiti, Mohd Pozi Kemin, Tn Hj Saifulah Abd Wahab, Setiausaha peperiksaan. Guru-guru Kanan Matapelajaran, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah; guru-guru Tingkatan Tiga dan guru-guru matapelajaran..



Murid perempuan Tingkatan 3 2013
Murid lelaki Tingkatan 3 2013
Turut meraikan kejayaan calon PMR 2013 ialah ibu dan kakak-kakak
Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid yang hadir pada majlis penyapaian slip peperiksaan.
Calon -calon boleh menyemak sendiri keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 melalui Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara online.Sila klik SEMAKAN PMR 2013

Link kepada :-
1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).
4. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya
5. Aktiviti Bersama Kominiti - Pelajar Prauniversiti..
6. Mesyuarat Agung PIBG
7. Kepimpinan Rakan Muda Malaysia
8. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
9. Mempromosi Sukan Baru Peringkat Daerah
10. Peringkat Antarabangsa

No comments:

Post a Comment