MENU UTAMA

20 March, 2014

STPM - PELAJAR CEMERLANG STPM, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM 2013

19 Mac 2014- Bilik Pengurusan Tingkatan Enam
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2013
RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENGGAL 3
TUNTUTAN SIJIL STPM
Adam Azman, pelajar cemerlang STPM 2013 bersama ibunya
Foto kiriman Mohd Pozi Kemin
Majlis penyampaian keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Tahun 2013 disempurnakan oleh Tuan Haji Armas Derusman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara di bilik pengurusan Tingkatan Enam tengahari tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mohd Pozi Kemin, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Hamzah Rahman Soriat, Guru Cemerlang, Guru-guru Akademik iaitu Muzayanah Sumrah, Noraziah Shafiee, Zulaikha Ngaliman, Zubaidah Ibrahim, Zahiah Hamzah, Juliana Noor, Faridah Abdullah, Ustaz A.Rahim Arshad dan Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum Tingkatan 6. Ibu beberapa orang pelajar juga sama hadir.

Adam Azman, salah seorang calon yang ditemui memperolehi Gred A dalam semua subjek yang diambil tahun lepas iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekonomi dan secara keseluruhannya mendapat 4.00 (PNGK). Adam juga baru-baru ini dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum semasa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Cemerlang 2013.

Calon-calon STPM bersama guru mereka