30 Mac 2012 : Bilik Seminar
Penyerahan Buku Gangsa dan Pasport Gangsa

Pengetua, Tuan Haji Mahmod Hashim dalam majlis penyerahan buku pasport dan diari gangsa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di bilik seminar SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Turut hadir GPK Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin, pemimpin ARPRM sekolah, Ahmad Survi, guru-guru tingkatan enam.
Seramai 96 orang pelajar Pra Universiti menerima taklimat dari pemimpin ARPRM sekolah untuk melaksanakan dan merekod 4 elemen penting iaitu khidmat masyarakat selama 6 bulan, kemahiran, 3 bulan, rekreasi fizikal, 3 bulan dan penjelajahan lasak selama 2 hari satu malam bagi melengkapkan pingat gangsa. Manakala seramai 15 pelajar layak untuk mengambil pingat Perak.

1 comment:
Tahniah kepada penerima Buku Gangsa dan Passport Gangsa. Teruskan usaha anda menjadi kenyataan.
Post a Comment