6 April 2012 : Perkhemahan Kelab Kejuruteraan
Kelab Lukisan Kejuruteraan SMK Bandar Tenggara
Gunung Arong, Mersing menjadi pilihan dalam program perkhemahan Kelab Lukisan Kejuruteraan (LKJ) tahun ini, kata guru penasihat, Shahfudin Hussein. Tambahnya lagi, di antara matlamat utama program ini ialah untuk melibatkan murid-murid matapelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajarnya, terlibat dalam aktiviti berkumpulan, dalam suasana alam flora, fauna semulajadi lagi menyegarkan.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah melancarkan roket "water jet" dan mendaki Gunong Arong, setinggi 100 meter dari paras laut.. Kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang murid itu teruji apabila berada dalam suasana yang berlainan daripada dalam kelas..
GPK Kokurikulum, Ahmad Survi dalam taklimatnya, mengingatkan semua peserta, agar menjaga nama baik sekolah, guru, ibu bapa, diri sendiri dan rakan-rakan. Patuhi arahan guru serta utamakan keselamatan, katanya lagi. Bekerja dalam kumpulan disamping mengamalkan budaya mencatat, pada buku log yang diberi. Di akhir ucapannya, beliau mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar, selamat pergi dan kembali ke sekolah serta mencapai matlamat dan objektif perkhemahan.
Program selama tiga hari dua malam ini disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru. Mereka ialah ketua rombongan, Shahfudin Hussein, dibantu oleh Zulkifli Jaafar, Azlina Abu Bakar dan Azura Rahim.
Guru Penasihat KLK, Shahfudin Hussein,
No comments:
Post a Comment