Kulaijaya: 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Gagasan Kulaijaya Gemilang Satu Impian yang diperkenalkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Haji Fauzan Bin Hj Sukimi, menjadi pendorong kepada program berbentuk keagamaan. Program ini merupakan program pertama diperkenalkan di daerah ini. Kursus yang dihadiri oleh 600 peserta tingkatan lima daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai Lembaga Tabung Haji (LTH) dan guru-guru panitia Agama Islam.peringkat daerah.
Semua peserta berniat dan berpakaian Ihram semasa di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, kemudian bergerak ke Masjidil Haram/ Mekah di dataran SMK Kota Kulai, wukuf di Masjid Ar-Rahman, mabit di Mudzdalifah, sambil memungut batu sebanyak 70 biji, mabit di Mina, melontar Jumrah 10 Zulhijjah sebanyak 7 biji, pada 11,12,13 Zulhijjah melontar 21 biji sehari.
Semua peserta meneruskan tawaf Haji di Dataran SMK Kota Kulai dan meneruskan miqat umrah. Selepas niat umrah semua peserta ke SKM Kota Kulai untuk sempurnakan tawaf umrah, sa'ie dan bercukur
Matlamat:-
Memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang adanya perbezaan dalam menunaikan haji mengikut jenis Haji yang dipilih dan bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan.
Objektif:
Di akhir program ini diharap peserta dapat:
1. Pengetahuan Ibadah Haji secara keseluruhan.
2. Memahami asas melaksanakan Fardhu Haji.
3. Membezakan jenis-jenis Haji.
4. Mempraktikkan ilmu berkaitan dengan Ibadah Haji yang telah dipelajari di dalam kelas.
5. Mengetahui sejarah melalui khutbah haji.
6. Pelajar boleh menjawab soalan SPM berkaitan tentang haji dengan tepat.
Sedang dikemaskinikan...

Latihan praktikal dengan berpakaian ihram diketuai
oleh Ustaz A.Rahim Bin Arshad diadakan di SMK Bandar Tenggara.
Turut sama guru-guru dari SMK Bandar Tenggara.
Dari kiri: Cik Nurul Farha, Pn Khairani Hamdan, Pn Hjh Norazana M.Arif, Pn Hsnah Kadir, Pn Hjh Hayati Abdullah, Ustaz A.rahim Arshad dan Abdul Rohim Rahman.