Kulaijaya- Yang Berhormat Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cawangan PANTI, Kota Tinggi turun ke SMK Bandar Tenggara 2 untuk Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Turut mengiringi YB ialah Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Tuan Haji Shahrom bin Sukari, Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Ustaz Abd Rahman Ismail.
Turut menyambut ketibaan YB ialah Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Mansor Othman, Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir, pengetua-pengetua, Guru-guru Kanan, guru-guru pengiring dan peserta bengkel.
Banting: SMK Sultan Alaudin, Bukit Besar.
1. SSA (1) vs BT2 (1)
2. KS (3) vs BP (1)
3. STARP (0) vs BT (8)
4. SSI (0) vs SP (0)
5. S (2) vs KB (1)
6. SMKPK A (2) vs KK (1)
7. IP 1(2) vs KP (4)
8. SMPK B (1) vs SMA (1)
Sekolah yang mendapat gol terbanyak ialah SMK BANDAR TENGGARA dan SMK KANGKAR PULAI, dipertemukan dalam perlawanan persahabatan peringkat akhir, telah berlangsung pada jam 4.45 petang.
Keputusannya : SMKBT (7) vs SMK KP (0)Ucapan perasmian penutup :
1. Tahniah kepada PPD Kulaijaya kerana telah berjaya menganjurkan Sukan Polo Basikal Kali Pertama Tahun 2011. Daerah pertama di negeri Johor melaksanakan bengkel seumpama ini.
2. Sukan ini boleh diketengahkan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Semoga daerah Kulaijaya mempunyai pasukan yang kuat dan digeruni sehingga ke peringkat yang tertinggi.3. YB Dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki mengumumkan pemain terbaik yang dalam perlawanan persahabatan itu ialah saudara Najmi Sahlan, dari SMK Bandar Tenggara. Satu cubaan dari jarak 25 meter dengan pukulan tinggi terus masuk ke pintu gol pihak lawan.
4. Syabas kepada pasukan yang menang. Usaha lagi kepada pasukan yang kalah. Namun begitu, sukan merupakan satu aktiviti berfaedah kepada anak murid mengisi masa lapang. Disamping dapat mengiratkan lagi ikatan siratul rahim malah mempunyai masa depan yang gemilang, muncul sebagai ahli sukan yang berjaya.
Gambaran : Padang Polo Basikal
SMKBT vs STARP
YB Dato' Haji Baderi, menyampaikan sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah.
Diiringi oleh Penolong PPDKu, Mansor Othman.
Diiringi oleh Penolong PPDKu, Mansor Othman.
Guru-guru pengiring teruja dengan sukan polo basikal.
Pengerusi Teknik, Ahmad Survi (2 dari kanan ) akan berusaha menganjurkan bengkel seumpama ini khusus kepada guru-guru sekolah menengah yang berminat, katanya.