Kulaijaya - Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Aziz Redwan dengan penuh minat dan kagum dengan hasil ciptaan dan karya peserta-perserta Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor di bilik seminar SMK Bandar Tenggara. Beliau mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masa, kos pembinaan, ketulinan hasil rekaan, aplikasi dan kesannya kepada peningkatan taraf hidup generasi akan datang jika ianya menjadi satu kenyataan.
Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Kamarudin Mohd Tahir, Penyelia Kokurikulum JPN, Azmi Abu, Penolong PPD Kulaijaya, Ellangovan a/l Savarimuthu dan Pengurus Kawasan SASBDI Sdn Bhd, Eric Wong.
Keputusan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor:-
Kategori : RECYCLE
Johan : SMK Bandar Putra (C36)
Ke-2 : SMK Tinggi, Batu Pahat (C90)Kategori Terbuka :
Gold : SMK Ulu Tiram, Pasir Gudang ( F4)
Silver : SMK Tinggi, BAtu Pahat (F1)
Bronze : SMK Tinggi BAtu Pahat (F2)
Excellent Award: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (F3)
Special Award :Best Team Spirit : SMK Ulu Tiram, Pasir Gudang (F4)
Best Innovative: SMK Tinggi, Batu Pahat (F1)
Best Mentor: En Neo Shun Zhi (SMK Tinggi Batu Pahat).
Best Presentation : SMK Ulu Tiram (F4).