Pertandingan Petanq Pendidikan Khas Peringkat daerah Kulaijaya
Kulaijaya - Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi kata Penolong Pegawai Pelajaran Pendidikan Khas Kulaijaya, Halim Perdana Kesuma Maarof dalam ucapan ringkasnya di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara.
Pengerusi teknik pertandingan, Hasry Musatakim ditemui berkata, seramai 80 murid 26 guru dari 13 sekolah daerah ini telah terlibat. Peserta dibahagikan kepada 4 kategori mengikut keupayaan masing-masing iaitu masalah pembelajaran, pendengaran, Cerebral Palsi dan Down Sindrom. Sebanyak 8 gelanggang sementara telah dibina, 2 lagi gelanggang tetap yang diusahakan oleh pengerusi Koperasi SMK Bandar Tenggara KotaTinggi Berhad, Ruziah Marop ketika di bawah pimpinan pengetua Zainal Othman, pada tahun 2008.
Turut hadir dalam pertandingan itu Guru Kanan Pendidikan Khas, Khairani Hamdan, guru senior pendidikan khas Noraina Abd Samad.

Keputusan Pertandingan :-
1. BP (Masalah Pembelajaran) Lelaki Terbuka
Pertama : SMK Bandar Tenggara
Kedua : SMK Kelapa Sawit
Ketiga : SMK Sultan Ibrahim
2. BP (Masalah Pembelajaran) Perempuan Terbuka
Pertama : SMK Kulai Besar
Kedua : SMK Kelapa Sawit
Ketiga : SMPK (V) Indahpura
3. CP (Celebral Palsi) Terbuka
Pertama : SMPK (V) Indahpura
Kedua : SMK Kangkar Pulai
Ketiga : SMK Bandar Tenggara
4. DS (Down Sindrom) Terbuka
Pertama : SMK Sultan Ibrahim
Kedua : SMK Kulai Besar
Ketiga : SMK Senai
_______________________________________________________
Penyertaan : 13 sekolah
1. SMK BANDAR TENGGARA
2. SMK SULTAN ALAUDIN
3. SM SULTAN IBRAHIM
4. SMK KULAI BESAR
5. SMK TAMAN PUTRI
6. SMK SENAI
7. SMK KANGKAR PULAI
8. SMPK (V) INDAHPURA
9. SMK KELAPA SAWIT
10. SK LKTP BUKIT BESAR
11. SK LKTP PASIR RAJA
12. SK FELDA INAS
13. SK LKTP PENGELI TIMUR
Majlis penutup akan disempurnakan oleh:-
En Halim Perdana Kesuma bin Maarof
Penolong PPD Pendidikan Khas
Daerah Kulaijaya
Tempat : Bilik Seminar
No comments:
Post a Comment