2 Julai 2011 - Larian 1Murid 1Sukan 1 Malaysia
Ketua Balai Polis, Bandar Tenggara SI Yusof Muda mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana kejayaannya mengaturkan program tersebut. Selaku pegawai polis, aktiviti seperti ini membawa faedah kepada pelajar dari segi fizikal, emosi dan mental. Program sebegini merupakan satu usaha untuk mengelakkan gejala sosial yang dilakukan oleh sebilangan pelajar. Matlamat dan objektif sukan sudah jelas bahawa kegiatan yang sihat membawa satu impak yang baik kepada diri sendiri, keluarga, sekolah dan masyarakat.
Kulaijaya- Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada awal pagi Sabtu, serentak seluruh Malaysia berjaya diadakan di SMK Bandar Tenggara. Seramai 613 pelajar terlibat dalam larian tersebut.
Ketua Balai Polis, Bandar Tenggara SI Yusof Muda mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana kejayaannya mengaturkan program tersebut. Selaku pegawai polis, aktiviti seperti ini membawa faedah kepada pelajar dari segi fizikal, emosi dan mental. Program sebegini merupakan satu usaha untuk mengelakkan gejala sosial yang dilakukan oleh sebilangan pelajar. Matlamat dan objektif sukan sudah jelas bahawa kegiatan yang sihat membawa satu impak yang baik kepada diri sendiri, keluarga, sekolah dan masyarakat.
Setiausaha sukan, Saipi Halidin dalam taklimat awal kepada guru dan pelajar. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan mengaplikasikan dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 2010.
Turut sama melancarkan larian tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi, Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6, Zolkeplee Jemadar, Penyelaras Sukan dan Permainan, Ahmad Nazri Selamat, Guru Tingkatan 6, Iskandarrani Mohamad.
No comments:
Post a Comment