Misi tahun ini ialah untuk menambah dan memperbaiki pungutan pingat emas mengatasi tahun lepas. Kejayaan ini bukan terletak kepada setiausaha sukan dan jurulatih olahraga sahaja. Malah semua atlit memainkan peranan penting, seperti kesungguhan menjalani latihan secara berterusan, berkeyakinan untuk menjadi juara, semangat juang dan komitment yang tinggi sebenarnya menjadi resepi utama kejayaan sekolah.
Seramai 56 orang atlit telah terpilih mewakili sekolah ini ke peringkat MSSD.
Atlit perempuan
Saipi Halidin, setiausaha sukan sedang memberi taklimat kepada atlit-atlit.
Mengiringi kotinjen sekolah ialah Siti Hanizan Samsuri, Annelin Hasziza Haron, Mohd Hasry Mustakim, Anili Fasha Mahdi dan Anne Suraya Abd Rahim sedang membuat persiapan pagi ini sebelum ke Mini Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya.
Keputusan Hari Pertama:
ALIRAN PERDANA
ALIRAN PERDANA
1 PERAK dan 1 GANGSA.
Elly Syuhadah memperolehi emas dalam acara 1500 meter kategori Perempuan 15. Manakala Mohd Lufti meraih gangsa dalam acara 400 meter kategori Lelaki 18.
PRAUNIVERSITI
1 PERAK dan 1 GANGSA.
Shahril Hamdan memperolehi pingat Perak dan Mohd Azuan Ali gangsa dalam acara 1500 meter.
Keputusan keseluruhan sehingga jam 5.00 petang. SMK Tunku Abdul Rahman Putera pada tangga teratas dengan pungutan pingat 2 Emas, 2 Perak, diikuti SM Tun Hussein Onn dengan 2 Emas dan 1 Gangsa dan SM Foon Yue 3 Perak 1 Gangsa.
Sebanyak 16 buah sekolah terlibat dalam Temasya Sukan Balapan dan Padang Kali Ke-29 :
STARP, SM FOON YEW, SM TUN HUSSEIN ONN, SMK INDAHPURA, SMK SULTAN IBRAHIM, SMK KELAPA SAWIT, SMKBT 2, SMK KANGKAR PULAI, SMK BANDAR PUTERA, SMK KOTA KULAI, SMK SENAI, SMK SSA, SMK TMN PUTERI, SMK SRI PINANG, SMK KULAI BESAR, SMK BANDAR TENGGARA dan SMK MUNSHI ABDULLAH.
No comments:
Post a Comment