"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Informasi: Uniited States SportsAcademy
United States Aports Academy merupakan badan bebas, tanpa keuntungan, diiktiraf sebagai universiti yang dibina khas untuk memberikan sumbangan kepada negara dan dunia menerusi program latihan, penyelidikan dan perkhidmatan. Akademik ini berperanan menyediakan kerjaya dalam bidang sukan lelaki dan wanita.
Wakil Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hj Khairil bin Hj Awang, merasmikan Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan 2014 di Komplek Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 544 peserta konvokesyen tahun ini menerima sijil diploma tersebut.
Ahmad Survi bersama isterinya Rozita Jumat
Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum antaranya yang menerima sijil diploma ditemui berkata program ini adalah kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan United States Sports Academy. Peluang ini terbuka luas kepada guru-guru Pendidikan Jasmani, Pensyarah Maktab dan Institusi Pengajian Tinggi. Beliau menyarankan kepada guru-guru lain untuk menimba ilmu melalui program ini bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah selaras dengan Dasar 1Murid 1 Sukan (1M1S).
Ahmad bin Survi bersama rakan-rakan Mohd Fahmi Akmal bin Mutalib, Mohd Helmi bin Abd Majid, Shah serta Dr Tim, pensyarah USA Sports Academy selepas majlis konvokesyen
Dr Tim (lead); Mr. Chales Temple, Alabama USA; Pn Ee Hong, Unit Sukan KPM; Datuk Dr Ramlan Abd Aziz; Pesyarah-pensyarah USA Sports Academy turun dari pentas konvokesyen.
Pembentang pertama dari SMK Munshi Abdullah,
Syeikh Abdul Razak Sheikh Abdul Kadir
Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Senai melibatkan 30 orang pembentang dari Sekolah-sekolah Rendah Cina dan Tamil serta Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya.
Pembentang pertama Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya disampaikan oleh Sheikh Abdul Razak Sheik Abdul Kadir dengan tajuk kajiannya I Love My Heart kaedah mudah bagi sistem pengangkutan manusia.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Sahibul Bahrin bin Ahmad, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pengurusan Pejabat Pendidikan daerah Kulaijaya kerana dapat menjemput beliau dan merasmikan majlis penutupan kajian tindakan pada hari ini. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha untuk membuat kajian-kajian lain untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing sepertimana yang digariskan dalam Aspirasi Sistem, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Johan Kajian Tindakan Peringkat Sekolah Menengah Abang Mohd Sabry bin Rahim Tajuk kajian : Lowering the effective Filter Among Chinesese Female Students in English Class by Exploring Their Interest.
Johan Kajian Tindakan Peringkat Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris) En. Zainudin Zainal AbidinTajuk kajian : Meningkatkan kemahiran menambahdan menolak dalam lingkungan 100 dengan menggunakan Kaedah Kad Under 18 .
Johan Kajian Tindakan Sekolah Rendah (Bahasa Melayu) Pn.Manimala a/p KumaranTajuk kajian : Meningkatkan kemahiran mencari kata kunci yang mengandungi nilai dalam ayat dengan menggunakan Roda Kata Kunci Nilai .
Pembentang-pembentang kajian tindakan daerah Kulaijaya bergambar bersama Yang Berbahagia En. Shahibul Bahrin bin Ahmad, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Keputusan: Kategori Sekolah Menengah
1. SMK Senai
Abang Mohd Sabry bin Rahim
2. SMK Kulai Besar
Saripah Faridah binti Syed Mohamad
3. SMK Kangkar Pulai
Norazizah binti Ahmad
Keputusan: Kategori Khas Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Melayu)
1. SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm
Pn.Manimala a/p Kumaran
2. SJK (T) Kangkar Pulai
S. Tamiel Selvi a/p Sundararaju
3. SJK (C) Saleng
En. Mohd Hanif bin Zainal Abidin
Keputusan: Kategori Sekolah Rendah
1. SK Murni Jaya
En. Zainudin Zainal Abidin
2. SK Kulai
Maizatul Azlin Yahya
3. SK Felda Inas
Nurul Ain Jailani
Jurulatih Utama Kajian Tindakan membuat penilaian
Dewan SJK (C) Senai, lokasi Seminar Kajian Tindakan
Peringkat Daerah Kulaijaya
Tuan Hj Musttapa Che Ismail, PPPD Vokasional & Teknik Sekolah Menengah bersama En. Zamri Hj Muslim, PPPD Vokasional Sekolah Rendah
Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Kulaijaya
diketuai oleh Pn. Jamilah Ahmad (dua dari kanan) dari SK Kota Kulai 2
Video klip Kajian Tindakan Kulaijaya 2014
TEMA
Kajian Tindakan Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan MATLAMAT
Menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa guru-guru Malaysia mempunyai kebolehan untuk membuat kajian ilmiah yang berfokus kepada usaha penambahbaikkan amalan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Dengan adanya seminarkajian tindakan ini dapatlah guru-guru Daerah Kulaijaya berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui kajian yang dijalankan dan ia juga sebagai platform untuk guru-guru berbicara ilmu secara holistik.
OBJEKTIF
Guru-guru daerah Kulaijaya berjaya:
1. Menjalankan kajian tindakan secara berfokus kepada amalan pembelajaran dan pengajaran.
2. Menambahbaik amalab pembelajaran dan pengajaran.
3. Mengenalpasti kelemahan dan menggunakan peluang dan kekuatan untuk emninggikan lagi prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman rakan-rakan gutu yang lain serta menggunapakai amalan yang baik daripada perkongsian pengetahuan dan pengalaman dari hasil kajian tindakan.
SASARAN
Guru-guru sekolah menengah dan rendah daerah Kulaijaya dengan sasaran 1 guru 1 kajian.
PEMBENTANG
Seramai 10 orang pembentang bagi sekolah rendah, 10 orang pembentang kajian tindakan Bahasa Melayu (BM) bagi SJK (C) / SJK (T) dan 10 orang pembentang dari sekolah menengah yang terpilih.
Ditaip semula oleh JK Dokumentasi Sumber rujukan JK Buku Program : SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Ucapan pihak penganjur
Ucapan perasmian penutup
Pembentang
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Pendaftaran :
Pengetua (P) SMK Senai
2. AJK Sambutan/ Jemputan :
Guru Besar SK Senai
3. Pengerusi Pembentang SM:
Pengetua SMK Kelapa Sawit
4. Pengerusi Pembentang SR :
Pengetua SK Taman Kota Kulai
5. Pengerusi Pembentang :
Guru Besar SJKC Kulai 1
6. Buku Program:
Pengetua SMKTARP
7. Persiapan tempat:
Guru Besar SJKC Senai
8. Publisiti :
Pengetua SMKBT 2
9. Sijil/Hadiah/Cenderamata :
Pengetua SMK Bandar Putra.
10. Jamuan :
Guru Besar SK Senai
11. Kawalan Keselamatan/ Kebersihan:
GB SJKCSaleng
12. Dokumentasi:
Pengetua SMK Bandar Tenggara
13. Siaraya :
Guru Besar SK Taman Sri Pulai
14. Bacaan Doa :
Pengetua SMA Bandar Tenggara
15. Juruacara Perasmian Penutup:
Pengetua SMK Sultan Ibrahim
16. Teks Ucapan Perasmi :
Guru Besar SK Kangkar Pulai 2
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Pn Zaharah Mohd Jani meluahkan perasaan terkejut dan rasa bangga apabila kehadirannya ke Majlis Perasmian Diploma Show disambut oleh jawatankuasa Diploma Show pagi ini. Katanya lagi program seumpama ini biasanya bertaraf peringkat daerah.
Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang dijemput khas untuk menyaksikan persembahan hasil karya pelajar-pelajar sekolah ini. Beliau menambah kesungguhan guru pembimbing iaitu En. Iskandarrani Mohamed memainkan peranan utama dalam memartabatkan pelajar-pelajar sekolah ke satu tahap yang lebih baik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM). Beliau menjelaskanbahawa PPPM menitik beratkan 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pn. Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran, En. Mohd Pozi Kemin, PK Prauniversiti, En. Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid, En. Ahmad Survi, PK Kokurikulum, En. Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas, serta En. Aspar Mohamad, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Video klip : Kunjungan pengetua ke galeri seni visual
Pensyarah Seni Visual SMK Bandar Tenggara
En. Iskandarrani Mohamed
Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti buat kali kedua diadakan adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya kreatif, inovasi dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Seni Visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata En. Iskandarrani Mohamed, guru matapelajaran Seni Visual Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.
Majlis perasmian Diploma Sow
Dari kiri : En. Khairulnizam Mohd Yusof (guru KHB), En. Mustafa Yunos, En. Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid En. Sahfudin Hussein (guru LKJ), Tn Hj Saifullah Abd Wahab (guru Landskap dan Nursery), En. Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas antara tetamu yang mengunjungi Galeri Seni Visual
PENGENALAN Matapelajaran Seni Visual; merupakan penjenamaan semula bagi matapelajaran lukisan sebelum ini. Ianya dimulakan pada tahun 2002. Calon-calon matapelajaran ini meningkat dengan banyaknya apabila ianya diperkenalkan. Peningatan bilangan calon amat ketara apabila jumlah pelajar seramai 7682 berbanding tahun 2002 yang hanya mencapai 1766 calon sahaja. Oleh yang demikian, Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti wajar sekali diadakan.
TUJUAN Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya kreatif, inovasi dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Seni Visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
OBJEKTIF * Mempamerkan hasil karya pelajar mengikut skema Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). * Meningkatkan kefahaman pelajar menguasai sistem modular yang baru. * Melahirkan pelajar yang berkemahiran dari aspek pengurusan. * Mendedahkan kepada pelajar dan guru terhadap proses pengajaran dan penilaian dalam Seni Visual.
TARIKH PENTING 11.9.2014 (Khamis) : Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif ATUR CARA PROGRAM * 9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan. * 9.45 pagi ; Nyanyian Lagu Negaraku. * 9.50 pagi : Bacaan doa. * 10.00 pagi : Persembahan pelajar. * 10.30 pagi : Ucapan pengerusi. * 10.45 pagi : Ucapan perasmian oleh penetua sekolah. * 11.00 pagi : Lawatan ke bilik pameran. * 11.30 pagi : Jamuan * 12.00 tengahari : Penyampaian cenderamata * 12.30 tengahari : Majlis bersurai. VIDEO KLIP DI GALERI PAEMRAN SENI VISUAL Sempena Diploma Show Seni Visual, SMK Bandar Tenggara
Sedang dikemaskini...
PERTAMA: KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA : Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA: Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
KEEMPAT: “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
KELIMA: Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
DASAR SOKONGAN: 1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).