MENU UTAMA

07 November, 2014

PELAJAR SEKOLAH BERJAYA MELENGKAPKAN SYARAT PERTAULIAHAN ARP RAKAN MUDA 2014

7 November 2014 : Bilik Seminar
Peserta tahap Perak 2014
Foto : Firdaus
Seramai 153 orang peserta tahap Perak tahun ini menunjukkan bukti yang mereka layak untuk dianugerahkan pingat tahap Perak setelah melengkapkan 4 komponen, merekod dan berjaya menjalani temuduga pada 28 November 2014 lalu yang ditetapkan oleh Badan Operasi Johor Bahru, di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Taklimat pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Perak disampaikan oleh pemimpin sekolah, En. Ahmad Survi di Bilik Seminar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pagi ini. Tambahnya lagi Pentaksiran PT3 bermula tahun ini murid Tingkatan Tiga akan mendapat pelaporan akademik melalui Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) termasuk SEGAK dan pelaporan psikometri.

Beliau menegaskan lagi, peserta program di sekolah ini amat bertuah kerana dapat melaksanakan satu lagi "ekstra-kurikulum" yang menjadi nilai tambah kepada pencapaian murid di bidang kokurikulum.

En Ahmad Survi menyampaikan taklimat
Seramai 153 penerima anugerah tersebut akan menerima sijil dan pingat tahap Perak yang akan berlangsung di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Kluang,Johor pada 8 November2014 (Sabtu).

Tahun ini paling bersejarah apabila 6 peserta Perak lahir daripada murid Pendidikan Khas sekolah ini. Mereka juga dapat melengkapkan 4 komponen ARPRM tahap Perak dengan melaksanakan Khidmat Masyarakat, Kemahiran dan Rekreasi Fizikal selama 6 bulan serta menambah 6 bulan lagi pada komponen khidmat masyarakat dan menjalani penjelajahan lasak selama 3 Hari 2 Malam di Hutan Sembrong, Batu Pahat, Johor. 

Fitri mengetua bacaan Ikrar ARP Rakan Muda 
Saudara Fitri mengetuai bacaan Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak di hadapan peserta-peserta lain di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara selepas sesi taklimat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit.




Majlis bacaan ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Link ke Program Anjuran Institut Belia Malaysia (IBM/ IYRES)

06 November, 2014

MEMPERKASAKAN BELIA MALAYSIA MEMALUI KAJIAN BERFOKUS DI UTC, JOHOR BAHRU

Sabtu : UTC Johor Bahru

Guru-guru dan peserta ARP Rakan Muda bersama pegawai IYRES
Institut Pembangunan Belia Malaysia (IPBM)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mendapat jemputan untuk satu sesi dialog yang dijalankan oleh Institut Pembangunan Belia Malaysia. Sekolah ini terpilih kerana dikenalpasti menjalankan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di peringkat sekolah sejak tahun 2010 lagi

Singkatan perkataan IYRES atau IPBM, peranannya kepada perkembangan Belia Malaysia dan perkhidmatan institut ini diterangkan dengan panjang lebar oleh Encik Mohd Rizal selaku ketua kajian di UTC, Johor Bahru baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang terdiri daripada Encik Ahmad bin Survi, Puan Hafilah binti Hamzah, Encik Khairulnizam bin Mohd Yusoff, Encik Abdul Rahman bin Salleh serta tiga orang peserta ARP Rakan Muda turut memberi penjelasan dan pandangan melalui pengalaman mereka melaksanakan ARP Rakan Muda di sekolah.

Selaku pemimpin sekolah, Encik Ahmad memberi penerangan dan analisis pencapaian sekolah semenjak beliau dilantik sebagai pemimpin pada tahun 2009 lagi. Beliau berkata, kejayaan pertama sekolah ialah apabila seramai 53 orang guru dilantik sebagai pemimpin ARP Rakan Muda peringkat sekolah oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru yang merupakan Badan Operasi ARP melalui kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Berikut adalah pencapaian sekolah SMKBT menurut penjelasan pepimpin ARP Rakan Muda sekolah iaitu bermula pada tahun 2010, seramai 129 murid telah ditauliahkan pingat tahap Gangsa, 2012 (131 Gangsa, 31 Perak), 2013 (134 Gangsa, 80 Perak) dan Tahun 2014 seramai 135 Gangsa dan 154 Perak yang akam menerima pertauliahan pada 8 November 2014 di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam (INTAN), Kluang.



3 NOVEMBER SEJARAH BUAT CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

November 2014 : Dewan Permata

SPM 2014
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bermula pada hari Selasa dengan peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu 1 dan 2 pada 3 November yang lalu dan berakhir pada hari Rabu, 3 Disember 2014 bagi calon-calon yang mengambil matapelajaran Sains Sukan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Puan Zaharah binti Mohd Jani turut sama bertemu dan bersalam-salaman dengan calon SPM sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan.

Begitu juga Puan Anim binti Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran; Encik Rashid bin Muhiden Hal Ehwal Murid; Encik Ahmad bin Survi, PK Kokurikulum; Encik Mohd Pozi bin Kemin, PK Tingkatan Enam; Puan Hjh Hamimah binti Yunus, GKM Sains dan Matematik; Puan Hjh Hasnah binti Kasnan ,GMK Sains Sosial; Puan Hjh Hayati binti Abdullah, GPK Bahasa; En.Aspar bin Mohamad dan Pn. Rosidah binti Sidek,Guru Bimbingan dan Kanseling; guru-guru serta ibu bapa turut sama berkumpul untuk nmemberi semangat dan berdoa kepada semua calon semoga berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi.

Laungan azan oleh Hakim bin Azman
sebelum memasuki dewanpeperiksaan